Translate

22 March 2017

Datuk Hattan menyifatkan dakwaan seorang wanita yang mengaitkan dirinya sebagai punca pasangan suami isteri itu muflis adalah fitnah semata-mata.






Ini Semua Fitnah - Datuk Hattan
Ini Semua Fitnah – Datuk Hattan
Published on Mar 20, 2017 in Artis/Utama & Sensasi



PENYANYI, Datuk Hattan menyifatkan dakwaan seorang wanita yang mengaitkan dirinya sebagai punca pasangan suami isteri itu muflis adalah fitnah semata-mata.

Jelasnya, satu laporan telah dibuat di Balai Polis Dang Wangi, Kuala Lumpur semalam berhubung dakwaan tersebut.

“Saya sudah buat laporan polis semalam dan peguam telah mengeluarkan surat saman terhadap kedua-dua individu tersebut.

“Semua yang dinyatakan mereka adalah fitnah dan saya sudah serahkan kepada polis dan peguam untuk tindakan selanjutnya,” katanya kepada Mynewshub.

Baca : Wanita Dakwa Ditipu Datuk Hattan Hampir RM1 Juta

Juri tetap program Mentor Milenia 2017 itu menjelaskan kejadian tersebut dianggap sebagai satu ujian kepadanya.

“Apabila kita popular, ramai yang akan mengambil kesempatan,” katanya yang mengetahui video berkenaan melalui kenalannya.

Jelasnya, penyebaran video tersebut dianggap sebagai satu platform kepada wanita berkenaan untuk tujuan melariskan perniagaannya.

Hattan bagaimanapun enggan mengulas mengenai dakwaan wanita tersebut dan menyerahkan tindakan selanjutnya kepada peguam.

Tular di media sosial apabila seorang wanita yang menggelarkan dirinya Kak Zab mendakwa ditipu Hattan hingga mereka diisytiharkan muflis dan berhutang hampir RM 1 juta. –MYNEWSHUB.CC

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Safiey Ilias, Buat Video IG Live Dengan Budak ‘Und' 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Safiey Ilias, Buat Video IG Live Dengan Budak ‘Und' 11 mins ago
A visitor from Maryland viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 13 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 16 mins ago
A visitor from Shah alam viewed '25 terima rawatan awal setakat' 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 20 mins ago
A visitor from Alabama viewed '112 mangsa, 49 rumah terjej' 20 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'PM Anwar minta kerajaan negeri' 21 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Peniaga maut, 14 cedera dalam nahas jalan raya di ' 21 mins ago