Translate

27 January 2017

Perkahwinan Dikatakan Goyang: "Biarlah Kami Selesaikan" - Hanez Suraya

Perkahwinan Dikatakan Goyang: "Biarlah Kami Selesaikan" - Hanez Suraya

mstar
Hanez Suraya berkongsi gambar ini di Instagram miliknya sambil menyatakan mereka masih bahagia. Foto dari Instagram @hanezsuraya
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Pelakon Hanez Suraya memberitahu situasi rumah tangganya dengan Romie Razin Adilha Abd Rais masih berada dalam suasana bahagia dan mereka kekal sebagai suami-isteri.
Hanez atau Hanez Suraya Abdul Aziz, 32, berkata, ketika ini  dalam proses untuk menyelesaikan masalah yang terjadi dalam rumah tangga yang dibina hampir dua tahun itu.

"Kami hanya manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan, cuma saya dan suami masih bahagia bersama dan tidak ada apa-apa yang berlaku.

"Apa yang berlaku biarlah kami selesaikan dan tidak perlu ada spekulasi dan tokok tambah dari pihak-pihak tertentu," ujarnya menerusi laman sosial Instagram pada Rabu.
image: http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/01/25/hanez-suraya-rumahtangga/~/media/997f54b6fb6b4d438c53861d6c5b13e1.ashx?la=en
Hanez Suraya bersama anak dan suaminya. Foto dari Instagram @hanezsuraya
Pada Isnin lalu, aktres ini dilaporkan telah memfailkan perceraian secara fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.
Bagaimanapun, pelakon itu didakwa tidak hadir ke mahkamah, sebaliknya hanya diwakili peguam.

Dalam pada itu, Hanez memohan maaf kerana mengambil langkah untuk berdiam ketika berita itu tersebar.

Katanya, dia perlu mengambil ruang untuk bertenang sebelum menjelaskan isu berkenaan kepada umum.

"Saya memohon maaf kepada semua pihak kerana mengambil langkah untuk diam bukan berdiam mengiyakan dan menafikan cuma mengambil masa untuk mencari ruang untuk tenang.

"Syukur Alhamdulillah, suami saya juga tenang dengan apa yang berlaku ini. Terima kasih sokongan kuat dari keluarga dan rakan-rakan rapat di luar.

"Doakan yang baik-baik untuk kami," ujarnya.

Hanez Suraya dan Romie, 37, berkahwin pada 25 Mac 2015 itu dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Puteri Aleesya yang kini berusia 13 bulan.

Read more at http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2017/01/25/hanez-suraya-rumahtangga/#ySm0j8FlZp1EFffy.99

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ohio viewed 'Man sentenced to 6 years jail for MOVIDA bombing a' 26 mins ago
A visitor from Florida viewed 'A rubbish collector was crushed to death in a frea' 27 mins ago
A visitor from Nevada viewed 'National basketball player Mohd Shadzwan has becom' 37 mins ago
A visitor from Delaware viewed 'Arsenal score in 70th, 75th and 92nd minutes to co' 2 hrs 40 mins ago
A visitor from Florida viewed 'Tan Sri who tried to bribe the Sultan of Johor wit' 3 hrs 17 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 3 hrs 46 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 3 hrs 58 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 4 hrs 1 min ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 4 hrs 5 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 4 hrs 14 mins ago