Translate

26 May 2016

Restoran menjual makanan nasi daging khinzir memecat pekerja wanita Islamnya selepas gambar wanita bertudung viral di laman sosial

Wanita Islam Kerja Di Kedai Jual Nasi Daging Khinzir Dipecat Selepas Dikritik


Gambar yang tersebar di laman sosialGambar yang tersebar di laman sosial
PEMILIK sebuah restoran menjual makanan nasi daging khinzir di Jakarta Barat mengambil keputusan memecat seorang pekerja wanita Islam selepas gambar wanita bertudung itu yang berniaga di gerainya viral di laman sosial dan mencetuskan perdebatan dalam kalangan masyarakat Islam di Indonesia.
Memetik laporan Jakarta Post, pemilik restoran itu memutuskan untuk memecat wanita berkenaan bagi mengelakkan sebarang salah faham selepas ramai mempertikaikan kewajaran wanita Islam itu bekerja di restoran tersebut.
“Kami tidak lagi menggaji wanita berhijab itu sejak 20 Mei 2016 selepas menerima nasihat daripada orang Islam yang menghubungi kami,” kata pemilik restoran itu dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman sosial pada Selasa, lapor Jakarta Post.
Terdahulu, gambar yang menunjukkan seorang wanita Islam dan bertudung sedang menghidang makanan nasi daging khinzir tersebar secara meluas dan mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan orang ramai.
Difahamkan, gambar itu telah diambil oleh pemilik restoran itu ketika wanita itu sedang menghidangkan semangkuk nasi dengan berlatar belakangkan kain rentang yang tertera nama restoran, Nasi Uduk Babi Buncit.
Wanita itu dikatakan terpaksa bekerja di restoran tersebut kerana berdepan dengan masalah kewangan dan kekangan ekonomi.
Pemilik restoran tersebut dalam kenyataan yang sama turut memohon maaf  kepada orang Islam yang tersinggung dengan insiden tersebut.
“Kami ingin meminta maaf kepada semua umat Islam yang merasa tersinggung dengan gambar seorang wanita bertudung yang tersebar itu,” lapor portal itu lagi.
Pemilik restoran itu turut menjelaskan walaupun wanita itu sendiri yang datang dan mahu bekerja di restorannya, dia tidak pernah diminta untuk menyentuh daging khinzir meskipun menggunakan sudu dan tidak pernah diminta untuk mencuci pinggan mangkuk yang telah digunakan untuk menghidang daging khinzir.

-Malaysian Digest

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 41 mins ago
A visitor from Labuan viewed '25 terima rawatan awal setakat' 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 55 mins ago
A visitor from Darica viewed 'Bapa, Anak Perempuan Maut Kereta Rempuh 4x4 Elak u' 1 hr 8 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'TikTok tells US users that the service is 'tempora' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 2 hrs 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 2 hrs 5 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis tahan 10 lelaki disyaki bergaduh di tapak ju' 2 hrs 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Siapa selepas PMX?, Bailout Sapura,' 2 hrs 20 mins ago
A visitor from Kulai viewed 'Small plane crashes in Minnesota after close call ' 2 hrs 20 mins ago