Translate

24 May 2015

Masalah GST Kerana Ada Peniaga Yang Jahat, Bukan Kerajaan Jahat – PM

Video: Masalah GST Kerana Ada Peniaga Yang Jahat – PM

RTC Gopeng - Lawatan Kerja PM Ke Perak

IPOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini menyelar sikap peniaga yang mengambil kesempatan dengan menaikan harga barang sehingga menyusahkan rakyat.

Menurut Perdana Menteri keputusan kerajaan untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) adalah bertujuan untuk membela nasib masyarakat agar lebih banyak peruntukan dapat disalurkan kepada mereka yang lebih memerlukannya.

“Kebanyakan masalah GST adalah disebabkan kerana ada peniaga yang jahat, mereka nak aniaya orang ramai apabila sengaja menaikkan harga barang.

“Setiap ringgit tambahan yang kerajaan terima daripada GST akan saya bentang untuk pengetahuan rakyat” katanya ketika berucap di dalam program Lawatan Kerja Perdana Menteri Ke Negeri Perak.
RTC Gopeng - Lawatan Kerja PM Ke Perak -1


RTC Gopeng - Lawatan Kerja PM Ke Perak -2

Menurut Najib pihak kerajaan akan mengarahkan pihak berkuasa untuk lebih tegas bagi membendung masalah kenaikan harga barang yang semakin membelenggu rakyat.

“Kita akan minta agar pihak penguatkuasa bertindak lebih tegas agar mereka yang tidak bertanggungjawab ini dapat diheret ke mahkamah.

“Dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah untuk kepentingan dan kebajikan rakyat dan sekiranya ada sebarang maslaah kita seharusnya sama-sama membetulkannya” ujarnya.

Selain Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir majlis tersebut turut dihadiri oleh ahli parlimen, ahli dewan undangan negeri dan pimpinan politik negeri Perak.

Majlis tersebut dihadiri lebih 25,000 rakyat Perak yang rata-ratanya teruja dapat bertemu muka dengan Perdana Menteri yang menjadikan negeri ini sebagai persinggahan pertama selepas pembentangan Rancangan Malaysia Ke-11.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Melaka viewed 'Batik Air batal penerbangan ke India, Pakistan sus' 49 secs ago
A visitor from Seri kembangan viewed 'Search results for Syed Yazid presiden' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Langgar syarat permohonan maaf, KPN fail prosiding' 28 mins ago
A visitor from Malacca viewed 'Batik Air batal penerbangan ke India, Pakistan sus' 42 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Bekas Ketua Pegawai Eksekutif direman bantu siasat' 43 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Batik Air batal penerbangan ke India, Pakistan sus' 43 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'BEST FBKL' 45 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'New Cabinet List As Announced by PM Anwar Ibrahim ' 46 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemecatan CFO Maybank Khalijah Ismail dikaitkan de' 1 hr 43 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Rafizi jelaskan sebab ambil cuti panjang | BEST FB' 1 hr 51 mins ago