Ketika kejadian, berlaku perselisihan faham di antara kami di dalam bilik pembantu rumah kami selepas dia menuduh saya menggunakan wangnya tanpa kebenaran.Saya menjelaskan wang berkenaan digunakan untuk perbelanjaan keluarga namun dia tidak percaya sebelum menumbuk wajah saya bertubi-tubi terutama pada bahagian hidung.
Rozana menjelaska perkara berkenaan bagi menjawab soalan daripada Timbalan Pendakwa Raya, Goh Ai Reen pada hari kelima perbicaraan kes berkenaan. Perbicaraan tersebut didengar di hadapan Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman.
Awie juga bertindak ganas dengan menendang pada bahagian rusuk kiri Rozana dan memijak badannya menggunakan kaki malah turut menendang mukanya ketika dia rebah.
Meneruskan keterangannya, Rozana berkata, Awie kemudiannya menarik rambutnya sebelum mengheretnya ke ruang tamu sebelum mukanya ditendang sekali lagi sehingga berdarah.
Saya ketika itu duduk di sofa dan dia tendang muka saya sekali lagi dan darah mengalir keluar dari hidung. Saya merayu kepadanya supaya menghentikan perbuatannya itu namun dia mengambil kayu ‘monopod’ dan menghayun ke bahagian kiri telinga saya dan batang berkenaan patah tiga.