Translate

21 January 2014

Nelydia Senrose Anggap Isu Cemburu Kekasihnya, Hanya Salah Faham

Nelydia Anggap Isu Qi Cemburu Hanya Salah Faham

..
Aktres Nelydia Senrose menganggap isu cemburu kekasihnya iaitu pengacara, Qi Razali terhadap pelakon Sharnaaz Ahmad hanya salah faham dan sudah pun diselesaikan dengan cara baik.
Memetik kenyataan di mStar online, pelakon berusia 20 tahun itu berkata, isu tersebut juga tidak menjejaskan hubungannya dengan pelakon itu yang kini kedua-dua mereka sedang menjalani penggambaran drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta.
"Saya percaya itu bukan satu isu yang besar kerana semuanya sudah kami selesaikan.
"Setakat ini hubungan kami baik dan boleh menjalani penggambaran bersama dengan memberi komitmen yang tinggi terhadap drama ini,"katanya.
Qi Razali.Qi Razali.
Tambah Nelydia, dia hanya berurusan dengan pelakon tersebut berkaitan dengan urusan kerja semata-mata.
Pelakon drama bersiri Bukan Kerana Aku Tak Cinta ini berkata demikian ketika diminta mengulas tentang perkembangan hubungannya dengan pelakon Sharnaaz Ahmad selepas kontroversi kekasihnya, Qi Razali cemburu dengan gambar mesra meraka ketika penggambaran drama tersebut.
sumber : mStar online












Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED