Translate

30 January 2014

Mayat Mangsa Langgar Diseret 43km

Mayat Mangsa Langgar Diseret 43km

Motosikal mangsa langgar lari, Ahmad Mahmud, ditemui oleh orang awam di Kilometer 274.2 arah selatan Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Simpang Pulai, semalam.  Pic: UtusanMotosikal mangsa langgar lari, Ahmad Mahmud, ditemui oleh orang awam di Kilometer 274.2 arah selatan Lebuh Raya Utara-Selatan, dekat Simpang Pulai, semalam. Pic: UtusanIPOH: Seorang penunggang motosikal menemui ajal dalam keadaan mengerikan apabila mayatnya ditemui hampir hancur selepas diseret sejauh 43 kilometer oleh sebuah kenderaan dari Kilometer 274.2 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat susur Simpang Pulai di sini sehingga ke Tapah.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.15 pagi itu, mangsa, Ahmad Mahmud, 25, yang berasal dari Kampung Baru Majidi, Serdang, Kedah dipercayai dilanggar dari arah belakang sebelum diseret oleh kenderaan berat tersebut yang dipercayai lori.
Semasa kejadian, mangsa dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerjanya di kilang Proton di Proton City, Tanjung Malim dekat sini.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah, Deputi Supritendan Wan Sharudddin Wan Omar berkata, selepas dilanggar, mangsa dipercayai tersangkut di bawah kenderaan tersebut lalu diseret sehingga ke Kilometer 317.2 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Tapah.
''Pihak polis menerima maklumat daripada orang awam yang mengatakan terdapat seorang penunggang motosikal telah dilanggar dan digilis dalam kemalangan di susur Simpang Pulai di sini pada pukul 2.15 pagi.
''Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati terdapat kesan cebisan daging dan tulang manusia, kasut hitam sebelah kanan dan sebuah motosikal yang rosak teruk di bahagian hadapan," katanya ketika dihubungi di sini.
Menurut Wan Sharudddin, kira-kira pukul 3 pagi, pihaknya telah menerima maklumat bahawa terdapat cebisan daging manusia ditemui di Tapah dipercayai milik mangsa.
Kata beliau, pihaknya yang bergegas ke tempat kejadian, menemukan kasut hitam sebelah kiri, cincin, jam tangan dan beg sandang yang mengandungi maklumat peribadi mangsa termasuk lesen memandu dan kad kerja Proton.
''Anggota Unit Peronda Lebuh Raya (HMPV) sedang mengesan kenderaan berat yang melalui sepanjang lebuh raya itu bagi membantu siasatan.
''Ketika kejadian keadaan jalan licin ekoran hujan sebelum itu dan kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga mangsa.



-Utusan Online

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Alabama viewed 'Mangsa, A Sukumaran dipercayai diserang dua lelaki' 22 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Menara KL milik kerajaan, hanya ubah pengurusan - ' 34 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh sekeluarga terperangkap kepala air diselamat' 37 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Polis Tembak Mati Tiga Penjenayah | BEST FBKL' 41 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 50 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'A second cousin of the Sultan of Johor was killed ' 1 hr 14 mins ago
A visitor from Wyoming viewed 'Malaysian Woman who was kidnapped and held hostage' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Indiana viewed 'KL court official called back to court for trial |' 1 hr 49 mins ago
A visitor from Alabama viewed 'Elfira Loy and Suffian Suhaimi dating | BEST FBKL' 1 hr 54 mins ago