Translate

22 May 2025

Wanita warga emas ditemukan lemas dalam perigi



Wanita warga emas ditemukan lemas dalam perigi

Bernama

22/05/2025


Seorang warga emas maut selepas terjatuh ke dalam sebuah perigi di Kampung Lumpur, Alor Pasir, Pasir Mas pada Khamis. -Foto JBPM


KOTA BHARU: Seorang wanita berusia 79 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam perigi di Kampung Lumpur Alor Pasir, Pasir Mas, hari ini.

Seorang wanita berusia 79 tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam perigi di Kampung Lumpur Alor Pasir, Pasir Mas.

Pasukan bomba tiba di lokasi selepas menerima panggilan kecemasan dan mendapati mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam.

Kematian mangsa disahkan oleh petugas Kementerian Kesihatan dan operasi tamat pada 1.30 tengah hari.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wakaf Bharu Mohd Zain Abu Hassan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan kejadian melalui sistem MERS999 pada 12.35 tengah hari daripada seorang wanita.

"Jentera BBP Wakaf Bharu berserta enam anggota digerakkan ke lokasi kejadian kira-kira 30 kilometer dari balai, dan tiba di lokasi pada 1.17 tengah hari.

"Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati mangsa, Hasmah Husin telah dikeluarkan dari perigi oleh orang awam.

"Kematian warga emas itu disahkan oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di lokasi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata operasi berkenaan tamat sepenuhnya pada 1.30 tengah hari.

-- BERNAMA

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED