Translate

23 May 2025

Enam Termasuk Dua Anggota TLDM Cedera, Nahas Lima Kenderaan












Kemalangan 5 kenderaan: TLDM tubuh lembaga siasatan kenalpasti punca kejadian

23 Mei 2025



Oleh: Selwam Arjunan


LANGKAWI: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengesahkan sebuah trak 3 tan miliknya terlibat dalam kemalangan membabitkan lima buah kenderaan di sini, petang tadi.

Kemalangan berlaku dalam perjalanan pulang selepas solat Jumaat.

“Kenderaan yang membawa petugas Demonstrasi Segmen Maritim LIMA ’25 telah hilang kawalan dan terbabas semasa dalam perjalanan balik setelah selesai mengerjakan Solat Jumaat dari Masjid Al Ehsan Temonyong menuju ke Resorts World Langkawi.

“Tiada kemalangan jiwa yang dialami dan kesemua 25 petugas yang terlibat dibawa ke bilik perubatan Segmen Maritim untuk merima rawatan awal.



“Manakala, dua petugas dibawa ke Hospital Sultanah Maliha untuk menerima rawatan lanjut akibat kecederaan di kaki.


“TLDM akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.


“Orang awam dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah memaklumkan, kejadian berlaku berhampiran simpang tiga Jalan Teluk Baru dan Pantai Cenang kira-kira jam tiga petang.


Nahas melibatkan sebuah lori TLDM, sebuah kereta Toyota Avanza, dua buah kereta Perodua Axia dan sebuah kereta Perodua Viva.


Dilaporkan 30 mangsa terlibat, enam daripada mereka dilaporkan cedera termasuk seorang wanita.


Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED