Translate

12 May 2025

Hari Wesak angkat nilai belas ihsan, kerukunan dan kedamaian - PM Anwar



Hari Wesak angkat nilai belas ihsan, kerukunan dan kedamaian - PM Anwar

Bernama

12/05/2025


Anwar menyeru rakyat Malaysia supaya menyemangati Hari Wesak demi negara yang rukun dan berpadu sambil mengekal tradisi dan budaya yang terangkum. - Foto Facebook Anwar


KUALA LUMPUR: Sambutan Hari Wesak merupakan peringatan penting yang mengangkat nilai-nilai universal seperti belas ihsan, kerukunan dan kedamaian, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam perutusannya sempena Hari Wesak hari ini, Anwar berkata di Malaysia, sambutan itu menyentuh hati nurani masyarakat untuk bersama-sama menyemarakkan nilai karamah insaniah serta mengangkat prinsip saling menghormati dalam kepelbagaian budaya dan kepercayaan.

"Justeru, saya menyeru semua kita untuk menyemangatinya demi negara yang berukun dan berpadu sambil mengekal tradisi dan budaya yang terangkum," katanya.

Hari Wesak disambut penganut agama Buddha bagi memperingati tiga peristiwa penting dalam kehidupan Siddhartha Gautama Buddha, iaitu kelahiran, penyedaran dan hari dia meninggal dunia.

-- BERNAMA

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED