Translate

09 April 2025

Bapa Erda Ezrin harap dapat sambut Hari Raya Aidiladha bersama anak



Bapa Erda Ezrin harap dapat sambut Hari Raya Aidiladha bersama anak

Bernama

09/04/2025


Menurut Wan Ismail, keluarga juga ada merancang mengadakan kenduri kesyukuran bersama kelab peminat selepas pembebasan Erda (gambar). - Foto Sinar Harian


KOTA BHARU: Bapa penyanyi dikir barat Wan Norshaheeda Azlin atau lebih dikenali sebagai Erda Ezrin berharap dapat menyambut Hari Raya Aidiladha bersama anak perempuannya itu selepas Mahkamah Wilayah Narathiwat melanjutkan tempoh tahanan anaknya selama 30 hari lagi bermula 6 April lepas.

Wan Ismail Wan Yusuf, 52, berkata, keluarganya telah menerima hakikat Erda tidak dapat beraya Aidilfitri bersama mereka namun berharap Aidiladha nanti membawa sinar baharu.

"Keluarga juga ada merancang mengadakan kenduri kesyukuran bersama kelab peminat selepas pembebasan Erda," katanya kepada pemberita, di sini, semalam.

Beliau meluahkan rasa pilu apabila menerima sepucuk surat tulisan tangan anaknya yang disampaikan oleh seorang wartawan yang melawat Erda di penjara baru-baru ini.

"Membaca surat itu terasa seperti dia berada di depan mata. Sayu sebab saya tak sempat berjumpa dengannya semasa raya," katanya.

Media sebelum ini melaporkan enam rakyat Malaysia termasuk seorang penyanyi dikir barat wanita popular ditahan dalam serbuan di sebuah hotel di pekan Golok pada 1 Nov tahun lepas kerana didakwa memiliki lebih 6,000 biji pil kuda.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'PERONDA LEBUHRAYA KONGSI DETIK IBU GAJAH CUBA SELA' 39 secs ago
A visitor from Oslo viewed 'PEMANDU KERETA PROTON SAGA HITAM DICARI | BEST FBK' 1 min ago
A visitor from Oslo viewed 'Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Van Kilang | BE' 26 mins ago
A visitor from Beluru viewed 'BlackRock Bursa Malaysia shares worth RM24 .7 bill' 30 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Rafizi Dedah Pas Lebih Dipercayai Dalam Menangani ' 31 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'BN perhalusi cadangan bentuk 'grand coa' 35 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pemasyhuran MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi satu pe' 38 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Konsert Simfoni Budaya II bakal temui peminat 5 Ju' 47 mins ago
A visitor from Melbourne viewed 'An Iranian was sentenced to death after the Alor S' 53 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ibu bapa disaran main peranan untuk jayakan PLKN 3' 56 mins ago