Translate

09 April 2025

JPJ Kelantan keluarkan 2,941 notis saman semasa Ops HRA 2025



JPJ Kelantan keluarkan 2,941 notis saman semasa Ops HRA 2025

Bernama

09/04/2025


Mohd Misuari (dua, kiri) bersama pegawai memeriksa motosikal warga asing yang ditahan sempena penutup Ops Khas Hari Raya Aidilfitri 2025 di Akedemi JPJ Wilayah Timur Jalan Kuala Krai pada malam Selasa. - Gambar Bernama


KOTA BHARU: Sebanyak 2,941 notis saman melibatkan 1,759 kenderaan dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan atas pelbagai kesalahan sepanjang Op Khas Hari Raya Aidilfitri (Op HRA) 2025 sejak 24 Mac lepas.

Pengarahnya, Mohd Misuari Abdullah berkata, sebanyak 8,370 kenderaan telah diperiksa dan operasi berkenaan mengesan tujuh kesalahan iaitu tidak mematuhi had laju, tidak mematuhi isyarat lalu lintas, memotong di garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan, menghalang daripada memotong, memotong barisan dan menggunakan telefon bimbit.

"Antara kesalahan tertinggi Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh dengan 402 saman dikeluarkan," katanya kepada pemberita sempena hari terakhir Op Khas HRA 2025 di Akademi Wilayah Timur, pada Selasa.

Beliau berkata, pada operasi sama, sebanyak 14 trip penyamaran melibatkan bas ekspres dilaksanakan dan hasil pemantauan dijalankan, 12 notis dikeluarkan kepada pemandu bas atas pelbagai kesalahan.

Mohd Misuari berkata, pemeriksaan di terminal bas turut menyaksikan 12 notis dikeluarkan kepada pemilik bas manakala 10 lagi menerusi kaedah pemantauan strategi covert dan overt.


-- BERNAMA



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'PERONDA LEBUHRAYA KONGSI DETIK IBU GAJAH CUBA SELA' 40 secs ago
A visitor from Oslo viewed 'PEMANDU KERETA PROTON SAGA HITAM DICARI | BEST FBK' 1 min ago
A visitor from Oslo viewed 'Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Van Kilang | BE' 26 mins ago
A visitor from Beluru viewed 'BlackRock Bursa Malaysia shares worth RM24 .7 bill' 30 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Rafizi Dedah Pas Lebih Dipercayai Dalam Menangani ' 31 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'BN perhalusi cadangan bentuk 'grand coa' 35 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pemasyhuran MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi satu pe' 38 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Konsert Simfoni Budaya II bakal temui peminat 5 Ju' 47 mins ago
A visitor from Melbourne viewed 'An Iranian was sentenced to death after the Alor S' 53 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ibu bapa disaran main peranan untuk jayakan PLKN 3' 56 mins ago