Translate

26 December 2024

20 'kucing besar' mati akibat selesema burung di santuari Washington



20 'kucing besar' mati akibat selesema burung di santuari Washington

Bernama

26/12/2024


Antara spesies kucing besar yang ditemui mati termasuk kucing serval Afrika, kugar, bobcat dan harimau Bengal-Amur. - Gambar hiasan/Adobe Stock


NEW YORK: Sebanyak 20 kucing besar termasuk seekor harimau separuh Bengal dan empat ekor kugar, mati antara akhir November dan pertengahan Disember di sebuah santuari di negeri Washington, Amerika Syarikat, selepas dijangkiti selesema burung, menurut pengarah pusat itu, lapor Xinhua.

"Kami tidak pernah mengalami sesuatu seperti ini; biasanya mereka mati kerana usia tua," menurut Mark Mathews, pengasas dan pengarah Wild Felid Advocacy Centre di Shelton, Washington. "Bukan seperti ini, virus ini sangat berbahaya."

Tiga lagi harimau pulih daripada virus itu, sementara seekor lagi masih berada dalam keadaan kritikal pada Selasa, tambah beliau.

Santuari itu dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata fasiliti itu berada di bawah kuarantin dan akan ditutup sehingga diberitahu kelak, bagi membolehkan habitat disanitasi.

"Virus ini mula menunjukkan gejala pada November dalam kalangan populasi kugar dengan beberapa harimau mengalami simptom seperti pneumonia. Dalam beberapa hari, spesies lain mula menunjukkan tanda-tanda penyakit," lapor The New York Times mengenai kematian itu pada Selasa.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED