Translate

20 November 2024

Suspek korek bebola mata disambung reman tiga hari



Suspek korek bebola mata disambung reman tiga hari

Astro Awani

20/11/2024


Suspek hadir diiringi anggota polis sambil mengenakan baju lokap kira-kira jam 10.45 pagi hari ini. - Foto Astro AWANI

BUTTERWORTH: Mahkamah Majistret Butterworth hari ini menyambung reman tiga hari lagi terhadap suspek lelaki warga asing yang mengorek bebola mata kiri seorang lelaki dalam satu pergaduhan pada Sabtu lalu sehingga mengalami kecacatan kekal.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh terhadap suspek berusia 28 tahun itu bermula esok sehingga 23 November depan.

Ia bagi membolehkan sisasatan lanjut mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek yang diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Husna Ridzuan hadir diiringi anggota polis sambil mengenakan baju lokap kira-kira jam 10.45 pagi hari ini.

Sebelum ini melaporkan, seorang lelaki direman selama empat hari bermula 17 November sehingga hari ini selepas bertindak mengorek keluar bebola mata kiri seorang lelaki dalam pergaduhan di tepi jalan berdekatan sebuah flat di Jalam Ara Kuda, Tasek Gelugor,Pulau Pinang.

Kejadian kira-kira jam 2 petang itu dikatakan berlaku akibat perasaan tidak berpuas hati suspek terhadap mangsa berusia 52 tahun yang didakwa mengganggunya dalam keadaan mabuk.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata kejadian itu menyebabkan mata mangsa tidak dapat diselamatkan dan dipercayai akan mengalami kecacatan kekal.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED