Translate

20 November 2024

Komposer AR Rahman, isteri bercerai selepas 29 tahun berkahwin



Komposer AR Rahman, isteri bercerai selepas 29 tahun berkahwin

Agensi

20/11/2024


AR Rahman dan Saira Banu, secara rasmi mengumumkan keputusan mereka untuk bercerai selepas hampir tiga dekad berkahwin. - Gambar fail AP


KOMPOSER tersohor India yang pernah meraih anugerah Oscar AR Rahman dan isterinya, Saira Banu, secara rasmi mengumumkan keputusan mereka untuk bercerai selepas hampir tiga dekad berkahwin.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan peguam mereka, pasangan itu menyebut "tekanan emosi yang ketara" dan "ketegangan dan kesukaran" sebagai punca yang mendorong perpisahan itu sekalipun mereka masih menyayangi satu sama lain.

Menurut Saira Banu, keputusan itu diambil dengan penuh "kesakitan dan keperitan" dan memberi penekanan dia dan Rahman memerlukan ruang sendiri tanpa sebarang gangguan semasa mereka mengharungi tempoh yang sukar ini.

Pasangan berkenaan disatukan sebagai suami isteri pada 1995 dan mereka dikurniakan tiga orang anak - Khatija, Raheema dan Ameen.

Perkahwinan mereka diatur oleh ibu Rahman yang menjadi bahagian penting dalam perjalanan hidup komposer Slumdog Millionaire itu.

Rahman yang ketika itu tenggelam dalam kerjayanya telah mengamanahkan ibunya untuk mencari pasangan bagi melengkapkan kehidupan dan pekerjaannya.

Selama bertahun mereka menjalani kehidupan berumah tangga yang sederhana dan jauh daripada publisiti media.

Selepas kenyataan itu dikeluarkan, Rahman, 57, menulis di platform media sosial X: “Kami berharap untuk mencapai 30 besar, tetapi semua perkara, nampaknya, membawa penghujung yang tidak dapat dilihat.” - Agensi

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED