Translate

21 October 2024

Pelakon Indonesia, Pevita Pearce bergelar menantu bos Habib Jewels



Pelakon Indonesia, Pevita Pearce bergelar menantu bos Habib Jewels

Astro Awani

21/10/2024


Pevita Pearce sah bergelar isteri kepada Mirzan Meer iaitu anak kepada Pengerusi Eksekutif Habib Group, Datuk Seri Meer Habib dan Datin Seri Zarida Noordin. - Gambar Instagram @pevpearce


KUALA LUMPUR: Hujung minggu lalu, pelakon ternama Indonesia, Pevita Pearce disahkan sebagi isteri dan diraikan dalam satu majlis resepsi pernikahannya dengan Mirzan Meer iaitu anak kepada Pengerusi Eksekutif Habib Group, Datuk Seri Meer Habib dan Datin Seri Zarida Noordin.

Majlis yang diadakan dalam suasana sederhana dengan dihadiri keluarga dan sahabat terdekat pasangan itu.

“Hari ini, dengan cinta yang damai, kehadiran orang yang tersayang. Kami disatukan,” tulis Pevita dalam hantaran di akaun Instagram peribadinya yang diikuti oleh 18.2 juta pengikut itu.

Turut meraikan pasangan pengantin ialah penyanyi terkenal Indonesia, Afgan.

Difahamkan Mirzan Meer merupakan Pengarah di Time Zone Group yang juga anak syarikat Kumpulan Habib

Pevita, 32, sebelum ini sangat masyhur menerusi lakonannya sebagai Hayati dalam filem mega Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (2013).




@rbeventor

Gaiiisss…’Hayati’ sudah dimiliki. Jom nangis 😭😭😭 Heroin cantik filem box office ‘Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck’ dr Indonesia Pevita Pearce selamat diijab-qabulkan bersama putra sulung pemilik Habib Jewels

♬ Sumpah Dan Cinta Matiku - NIDJI

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED