Translate

21 November 2023

Konsert Coldplay: PM Anwar akan bincang dengan Mufti Wilayah



Konsert Coldplay: PM Anwar akan bincang dengan Mufti Wilayah

Hasimi Muhamad

November 21, 2023
Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kumpulan Coldplay (gambar) dari United Kingdom itu antara kumpulan yang menyokong Palestin. - Foto/fail

Konsert Coldplay: PM Anwar akan bincang dengan Mufti Wilayah

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kumpulan Coldplay (gambar) dari United Kingdom itu antara kumpulan yang menyokong Palestin. - Foto/fail

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan perbincangan dengan mufti berhubung penganjuran konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur yang dijadualkan berlangsung esok, susulan wujud gesaan segelintir pihak agar konsert tersebut dibatalkan.

Menurut Perdana Menteri, band berasal dari United Kingdom (UK) itu antara kumpulan yang menyokong Palestin.




Konsert Coldplay: PM akan bincang dengan mufti




"Jadi ada masalah sikit, nak beritahu dalam kerajaan yang lalu telah luluskan juga."

"Saya akan bincang dengan mufti apakah keadaan ini (penganjuran konsert) kerana ada pelobi-pelobi daripada gerakan Palestin yang menyokong dan memberikan pandangan kepada Menteri Luar (Datuk Seri Zambry Abdul Kadir) dan juga di pejabat saya, menyatakan mengapa dihalang kumpulan yang menyokong perjuangan Palestin daripada meneruskan pertunjukan.

"Tetapi kalau perkara ini dibangkitkan kerana ada beberapa isu lain yang tidak kita setuju itu, akan saya bincang semula," katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau menjawab soalan tambahan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal (PN-Machang) mengenai pendirian kerajaan berhubung penganjuran konsert Coldplay dan semua persembahan konsert lain.

Sebelum ini, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Luqman Abdullah menggesa penganjur membatalkan konsert Coldplay yang dijadualkan berlangsung di ibu negara pada Rabu.

Katanya, band itu menyokong kumpulan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) jelas bertentangan dengan nilai murni serta budaya Malaysia.

Dijangkakan, seramai 85,000 penonton bakal memenuhi Stadium Nasional Bukit Jalil, bagi menyaksikan persembahan band tersohor yang dibarisi Chris Martin, Johny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED