Translate

02 November 2023

Kerajaan belum rancang haramkan TikTok Shop - Fahmi



Kerajaan belum rancang haramkan TikTok Shop - Fahmi

ASTRO AWANI

November 1, 2023
Menteri Komunikasi dan Digital yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil ketika Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - fotoBERNAMA

Kerajaan belum rancang haramkan TikTok Shop - Fahmi

Menteri Komunikasi dan Digital yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil ketika Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. - fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, cadangan supaya sekatan terhadap platform itu masih dalam penelitian kerajaan dan juga TikTok.

“Berkaitan dengan cadangan sekatan terhadap TikTok Shop (sebenarnya) perkara ini sedang diteliti dan siri libat urus sedang berjalan. InsyaAllah, esok Timbalan Menteri (KKD) akan mengadakan pertemuan dengan penyedia platform itu.

“Kita (KKD) akan mendapatkan pandangan daripada mereka (TikTok) mengenai beberapa perkara kerana waktu ini kita (kerajaan) belum ada sebarang keputusan atau pendirian (sama ada ingin haramkan TikTok Shop atau sebaliknya),” katanya.







Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan mewakili kementeriannya di Dewan Rakyat pada Rabu.

Dalam perkembangan sama, Fahmi turut memaklumkan setakat 1 Januari hingga 1 September lalu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama TikTok Shop telah menurunkan sebanyak 2,783 kandungan di platform berkenaan.

Tindakan itu diambil susulan semua kandungan itu didapati melanggar garis panduan ditetapkan mengikut undang-undang sedia ada.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED