Translate

04 November 2023

60 ditahan di pusat hiburan

 60 ditahan di pusat hiburan

ASTRO AWANI

November 4, 202360 ditahan di pusat hiburan

Polis Daerah Brickfields menjalankan serbuan dan pemeriksaan ke atas premis hiburan di Jalan Radin Tengah, Bandar Baru Sri Petaling, Kuala Lumpur pada pagi Jumaat dan menahan 60 individu. - Foto PDRM

60 ditahan di pusat hiburan

Polis Daerah Brickfields menjalankan serbuan dan pemeriksaan ke atas premis hiburan di Jalan Radin Tengah, Bandar Baru Sri Petaling, Kuala Lumpur pada pagi Jumaat dan menahan 60 individu. - Foto PDRM

KUALA LUMPUR: Seramai 60 individu ditahan atas pelbagai kesalahan semasa serbuan dan pemeriksaan premis hiburan di Jalan Radin Tengah, Bandar Baru Sri Petaling, di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor, serbuan dijalankan sepasukan polis melalui Ops Noda yang dijalankan pada 4.56 pagi Jumaat

"Pihak polis dalam serbuan tersebut membuat pemeriksaan ke atas 99 orang pelanggan dan pekerja.



"Di akhir pemeriksaan, polis menjalankan tangkapan ke atas 60 orang di atas kesalahan menggajikan pekerja tanpa permit dan kesalahan di bawah Akta Imigresen.

"Semua tangkapan berumur antara 25 dan 38 tahun," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Amihizam berkata, dalam serbuan itu juga, polis merampas peralatan muzik yang dipercayai digunakan bagi menjalankan aktiviti hiburan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1992, Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Peraturan 39(B) Peraturan-Peraturan Imigresen dan 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED