Translate

10 April 2022

PN parti terbesar kerajaan, perlu dirundingi soal pembubaran Parlimen - Muhyiddin


ASTRO AWANI
April 10, 2022 









Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, tarikh pembubaran Parlimen antara isu yang beliau ingatkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam pertemuan mereka di Sri Perdana pada Sabtu. - Foto Facebook Muhyiddin Yassin




PUTRAJAYA: Perikatan Nasional (PN) perlu dirundingi dalam isu penentuan tarikh pembubaran Parlimen, kata Pengerusinya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Dalam catatan terbaharu di Facebooknya, bekas Perdana Menteri itu berkata, perkara itu perlu memandangkan PN merupakan parti yang terbesar dalam Kerajaan Persekutuan.


Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, perkara itu antara isu yang beliau ingatkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam pertemuan mereka di Sri Perdana pada Sabtu.
“Semalam saya dan pimpinan parti-parti anggota Perikatan Nasional telah mengadakan perjumpaan dengan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di Sri Perdana diikuti majlis berbuka puasa.

“Saya juga antara lain mengingatkan YAB Perdana Menteri bahawa PN sebagai parti utama yang membentuk Kerajaan Persekutuan hendaklah dirunding terlebih dahulu dalam menentukan tarikh pembubaran Parlimen,” katanya lagi.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, Presiden Star Sabah Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan, Presiden SAPP Datuk Seri Yong Teck Lee dan Presiden Gerakan Datuk Dr Dominic Lau.
Muhyiddin berkata, dalam pertemuan tersebut, mereka turut berbincang tentang hal ehwal semasa yang berkaitan dengan kepentingan rakyat dan negara.

Dalam pertemuan itu, katanya lagi, Ismail Sabri menekankan hubungan kerjasama dengan Perikatan Nasional dalam Kerajaan Persekutuan, dan memberikan komitmen untuk berunding dengan PN dalam menentukan dasar-dasar utama negara.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED