Translate

28 April 2022

Nagaenthran sempat pakai baju kegemaran sebelum ke tali gantung - Malaysia Gazette

 


KUALA LUMPUR – Mendiang D Nagaenthran, 34, yang dihukum gantung di Singapura awal pagi ini setelah disabitkan dengan kesalahan dadah diberikan kebenaran mengenakan beberapa pakaian kegemarannya semalam.
Pakaian-pakaian yang telah dikirimkan oleh adiknya, D Navin, 22, di percayai merupakan antara paling disukai mendiang.
Seorang wartawan Singapura, Kirsten Han, telah berkongsi beberapa keping foto terakhir Nagaenthran yang kelihatan tersenyum sambil mengayakan pakaian tersebut.
“Selamat bersemadi dengan aman Nagaentharan K Dharmalingam. Gambar yang diambil sebelum mendiang ke tali gantung yang mana ahli keluarga dibenarkan memberi banduan beberapa pakaian kegemaran mereka bagi sesi fotografi. Gambar itu akan diberikan selepas selesai hukuman gantung,” tulisnya.
Sekitar jam enam pagi waktu tempatan, Nagaentharan telah menjalani hukuman gantung atas kesalahan menyeludup dadah jenis heroin seberat 44 gram (g) memasuki Singapura yang melaksanakan antara hukuman terberat di dunia bagi kesalahan berkaitan dadah.
Suspek ditahan pihak berkuasa Singapura pada 22 April 2009 ketika berusia 21 tahun di Pusat Pemeriksaan Woodlands ketika melintasi sempadan Malaysia dan Singapura, dengan dadah itu didapati dilekatkan di paha kirinya.
Dalam pada itu, ibu mendiang, S Panchalai hampir terduduk sambil bergenang airmata apabila Mahkamah Rayuan Singapura menolak rayuan membatalkan hukuman gantung terhadap anaknya.
Keadaan mahkamah agak hiba apabila hakim membenarkan tertuduh menyentuh ahli keluarganya buat kali terakhir untuk beberapa minit sebelum dibawa keluar semalam.
Nagaentharan buat kali terakhir merayu agar dibenarkan untuk bersama keluarganya selama dua jam sebelum hukuman itu dijalankan pagi tadi.
Mayat mendiang dijangka tiba di rumah keluarganya di Tanjung Rambutan malam ini sekitar 11 malam sebelum upacara pengebumian diadakan Jumaat ini.
▶️MalaysiaGazette
P/s: Takziah diucapkan pada keluarga mendiang

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Muscat viewed 'PERONDA LEBUHRAYA KONGSI DETIK IBU GAJAH CUBA SELA' 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'PDRM bekerjasama Interpol atur rakam percakapan an' 23 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Khidmat Nurul Izzah sebagai 'panglima perang' PKR ' 34 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'JKDM Selangor patahkan empat cubaan seludup termas' 1 hr 1 min ago
A visitor from Oslo viewed 'Kegembiraan lapan sekawan bertukar tragedi, satu l' 1 hr 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pertembungan Nurul Izzah, Rafizi persaingan sihat ' 1 hr 3 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Kenderaan rasmi pejabat Ahli Parlimen Sri Gading d' 1 hr 20 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'US & China agree to 90 day pause |' 1 hr 34 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Aksi Wanita ‘Rembat’ Bungkusan Dirakam CCTV | BEST' 1 hr 45 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Jangan beri makan merpati! | BEST FBKL' 2 hrs 5 mins ago