Translate

12 April 2022

Lukisan Dewan Rakyat dipenuhi 'monyet, babun, katak' jadi pilihan Sultan Selangor

Lukisan Dewan Rakyat dipenuhi 'monyet, babun, katak' jadi pilihan Sultan Selangor

Astro Awani
12/4/2022
KUALA LUMPUR : Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj hari ini berkenan membeli sebuah karya seni lukisan selepas ia menarik perhatian Baginda.

Selangor Royal Office dalam hantaran di laman Facebook memaklumkan, Sultan Sharafuddin berhasrat menggantung lukisan tersebut di bilik bacaan peribadi baginda.

"Satu hari nanti, baginda berhasrat untuk melelong lukisan ini dan hasil lelongannya akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan," demikian menurut hantaran tersebut hari ini.

Berdasarkan beberapa keping gambar yang dimuat naik, karya seni yang dilihat mempunyai makna tersirat itu seolah-olah menggambarkan situasi di dalam Dewan Rakyat Malaysia.

Sultan Sharafuddin turut kelihatan merenung lakaran karya tersebut, yang antaranya memaparkan individu yang dipercayai memegang jawatan sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat


Antara lakaran yang dipaparkan pada lukisan tersebut - Foto Facebook Selangor Royal Office

Selain itu, turut mencuri tumpuan pada lakaran seni itu ialah imej mirip orang hutan, monyet, babun serta katak yang berada di kedudukan kiri dan kanan Dewan Rakyat.

Binatang-binatang yang dizahirkan menunjukkan beberapa reaksi seperti ketawa, mengantuk serta 'kelesuan'.


Kelihatan dalam lukisan tersebut individu dipercayai Yang di-Pertua Dewan Rakyat - Foto Facebook Selangor Royal Office

Sementara itu, semakan Astro AWANI di laman sosial mendapati pelbagai reaksi diberikan oleh warganet terhadap lukisan tersebut.

Segelintir mereka berpandangan lukisan tersebut membawa maksud yang mendalam, selain menggambarkan perwatakan wakil-wakil rakyat.

"Daulat Tuanku, sangat dalam maksud lukisan ini. Pelukis yang hebat," tulis pengguna Facebook Jamie Long.

Pengguna Facebook Azizi Seman menambah: "Tuanku yang betul-betul memahami maksud lukisan tersebut. Ampun Tuanku."

Sementara itu, pengguna Facebook Pakanasa FC berkata, "tersurat sangat makna gambar ini. Harapnya Tuanku juga dapat melihat dan tegur pemimpin politik seperti gambar yang Tuanku beli tu..."
Bagaimanapun, setakat ini tiada penjelasan tentang pelukisnya mahupun perincian maksud di sebalik penghasilan karya tersebut.




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Batu caves viewed 'Wanita Dalam Perjalanan Ke SPRM 'Hilang' | BEST FB' 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Skim Penipuan BMI Seorang Lagi Individu Bergelar T' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Durham viewed 'Hevel praises teamates' support after scoring on M' 1 hr 33 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Tirai besi tidak halang impian bergelar doktor fal' 1 hr 42 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 2 hrs 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis serbu 10 pusat hiburan, tahan 38 individu | ' 2 hrs 50 mins ago
A visitor from Muar town viewed '12 saksi diambil keteranga' 3 hrs 19 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Datuk Seri Najib Razak Kecewa Dengan Keputusan Mah' 3 hrs 53 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Anwar ucap tahniah kepada PM Wong atas kemenangan ' 4 hrs 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Wanita maut digilis lori selepas tercampak dari ke' 4 hrs 28 mins ago