Translate

12 April 2022

Guru rugi lebih RM250,000 diperdaya Macau Scam

Guru rugi lebih RM250,000 diperdaya Macau Scam

Bernama
13/4/2022

Seorang guru di sini kerugian lebih RM250,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam


SEREMBAN: Seorang guru di sini kerugian lebih RM250,000 selepas diperdaya sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai ejen insurans dan pegawai polis sejak Jun tahun lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan Supt Aibee Ab Ghani berkata wanita berusia 43 tahun itu mendakwa menerima panggilan daripada ejen itu mengenai pengesahan tuntutan insurans, namun dia menafikan perkara tersebut.

Beliau berkata susulan itu mangsa dikatakan menerima panggilan daripada seorang polis yang dikenali sebagai Sarjan Rizal memaklumkan maklumat peribadi miliknya terlibat dengan kes pengubahan wang haram di bawah Jabatan Air Negeri Sabah.

"Keesokannya mangsa dimaklumkan perlu membuat pindahan duit ke akaun bank milik sendiri sebagai dana bayaran untuk menyelesaikan kes selain diminta memberikan akaun bank yang jarang digunakan dengan wanita itu menggunakan akaun Bank Rakyatnya untuk tujuan itu.

"Mangsa berurusan dengan mereka selama hampir lima bulan sejak Jun tahun lepas dan dari 29 Okt 2021 hingga 26 Mac tahun ini, mangsa telah melakukan sembilan transaksi ke akaun Bank Rakyatnya itu membabitkan jumlah keseluruhan RM265,225.50," katanya dalam kenyataan hari ini.

Aibee berkata daripada jumlah itu, RM200,000 diperoleh mangsa melalui pinjaman manakala bakinya daripada wang simpanannya.

Bagaimanapun, beliau berkata mangsa yang berasa curiga telah membuat semakan ke akaun Bank Rakyat dan mendapati baki dalam akaunnya hanya tinggal RM78 selain mendapati wang tersebut dipindahkan ke satu akaun individu lain.

Mangsa yang menyedari ditipu kemudian membuat laporan polis semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, katanya.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Oslo viewed 'Skim Pelaburan Ponzi -Tan Sri, Datuk Seri Antara U' 7 mins ago
A visitor from Oslo viewed '2 Wanita Direman Urus Proses Beli Bayi, Sedia Siji' 9 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Perisa' 16 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kelantan tidak pernah lulus lesen jual vape - Exco' 22 mins ago
A visitor from Yekaterinburg viewed 'Langgan Pelacur Dengan Wechat | BEST FBKL' 23 mins ago
A visitor from St petersburg viewed 'Pembantu dapur bunuh kawan baik terlepas tali gant' 24 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Malaysia akan rasai kesan daripada tarif solar bah' 26 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Pengebumian Pope Francis ditetapkan pada Sabtu di ' 48 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Cenderahati kepada Presiden China hadiah peribadi ' 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis cari suspek curi beg duit di Pasar Siti Khad' 51 mins ago