KKM ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia pada 11 April 2022:
- Kes sembuh: 19,049 kes [4,163,777 kes kumulatif (96.1%)];
- Kes baharu: 7,739 kes (4,333,557 kes kumulatif);
- Kes import: 23 kes [22 warganegara (95.7%); 1 bukan warganegara (4.3%)];
- Kes tempatan: 7,716 kes [7,414 warganegara (96.1%); 302 bukan warganegara (3.9%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 174 kes (75 kes disahkan COVID-19; 99 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan); dan
- Kes memerlukan bantuan pernafasan: 102 kes (43 kes disahkan COVID-19; 59 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan).
PERINCIAN KATEGORI KES COVID-19
Daripada 7,739 kes harian yang dilaporkan pada 11 April 2022:
- Kategori 1: 4,354 kes (56.26%);
- Kategori 2: 3,318 kes (42.87%);
- Kategori 3: 34 kes (0.44%);
- Kategori 4: 14 kes (0.18%); dan
- Kategori 5: 19 kes (0.25%).
Daripada 67 kes COVID-19 kategori 3, 4, dan 5 yang baharu dilaporkan pada 11 April 2022:
- 24 kes (35.82%) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi;
- 16 kes (23.88%) telah menerima dua (2) dos vaksin COVID-19 tetapi belum menerima dos penggalak (booster);
- 27 kes (40.30%) telah menerima dos penggalak (booster);
- 36 kes (53.73%) berumur 60 tahun dan ke atas;
- 42 kes (62.69%) mempunyai komorbid; dan
- 1 kes (1.49%) ibu mengandung.
KLUSTER COVID-19
- Jumlah kluster: 6,952 kluster;
- Jumlah kluster baharu: 2;
- Jumlah kluster yang telah tamat: 6,826 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif: 126 kluster.
NILAI RT
Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 4. Maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.
Jadual 4: Nilai RT mengikut negeri berdasarkan kes yang dilaporkan pada 11 April 2022
| NEGERI | NILAI RT |
| Selangor | 0.92 |
| Negeri Sembilan | 0.86 |
| Terengganu | 0.82 |
| Perak | 0.82 |
| Johor | 0.80 |
| WP Putrajaya | 0.80 |
| Melaka | 0.79 |
| WP Kuala Lumpur | 0.77 |
| Sarawak | 0.76 |
| Pahang | 0.75 |
| Sabah | 0.73 |
| Pulau Pinang | 0.72 |
| Perlis | 0.71 |
| Kedah | 0.70 |
| Kelantan | 0.66 |
| WP Labuan | *10 kes |
| MALAYSIA | 0.84 |