Translate

10 March 2022

Restoran mamak: Kuota pekerja asing memadai, disaran ambil pekerja tempatan - Saravanan




ASTRO AWANI
Mac 10, 2022 

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, kerajaan sedang dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan rakyat negara ini.- Gambar hiasan/ BERNAMA

SEBERANG JAYA: Tiada keperluan untuk menambah kuota kemasukan pekerja asing buat masa ini, kerana kuota sedia ada sudah memadai bagi menampung pekerja di restoran India Muslim (mamak) di negara ini.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, kerajaan sedang dalam usaha mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan rakyat negara ini.

Justeru, beliau melihat sudah tiba masanya , restoran India Muslim mengambil pekerja tempatan bagi menampung keperluan tersebut jika kekurangan pekerja.
 
"Buat apa nak tambah, kita berjaya kurangkan kadar pengangguran daripada 5.3 peratus kepada 4.2 peratus ini satu kejayaan besar.

"Cuma saya cuba nak kurangkan kepada empat peratus , kalau kita sampai 3.5 peratus makanya kita sudah tidak ada pengangguran lagi dah, so within context yang sama tengok mana-mana peluang pekerjaan yang boleh bagi kepada orang tempatan, macam cashier semua, tak perlu bagi orang luar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan menambah kuota kemasukan pekerja asing yang bekerja di restoran India Muslim berikutan kebenaran operasi 24 jam bermula 1 April ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan Malaysia akan memasuki fasa ‘peralihan ke endemik’ bermula 1 April 2022.

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai faktor termasuk penilaian risiko, mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) serta selepas meneliti syor daripada menteri kuartet.
Berikutan itu, had waktu bagi premis perniagaan juga dimansuhkan, sekali gus premis boleh beroperasi mengikut waktu operasi masing-masing.

Sebelum ini, industri makanan khususnya melibatkan restoran India Muslim berdepan masalah kekurangan pekerja terutamanya selepas pekerja asing tidak dibenarkan pulang ke Malaysia sejak pandemik melanda dunia.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/restoran-mamak-kuota-pekerja-asing-memadai-disaran-ambil-pekerja-tempatan-saravanan-351011

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED