Translate

27 March 2022

PM tiba di Qatar untuk lawatan rasmi tiga hari

 PM tiba di Qatar untuk lawatan rasmi tiga hari



Bernama

Mac 27, 2022

PM tiba di Qatar untuk lawatan rasmi tiga hari

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob disambut Menteri Pembandaran Qatar Dr Abdullah bin Abdulaziz bin Turki Al-Subaie ketika tiba di Terminal Diraja, Lapangan Terbang Antarabangsa Doha hari ini. - Foto BERNAMA

DOHA: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di sini hari ini untuk lawatan rasmi tiga hari ke Qatar.

Pesawat ya
ng membawa Perdana Menteri selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha pada 3 petang (waktu tempatan).

Ketibaan beliau di Terminal Diraja disambut oleh Menteri Pengiring iaitu Menteri Perbandaran Qatar Dr Abdullah bin Abdulaziz bin Turki Al-Subaie, Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Duta Besar Malaysia ke Qatar Zamshari Shaharan sebelum memeriksa barisan kawalan kehormat dibarisi Pengawal Istiadat Amiri serta menaiki kenderaan khas.



Esok, Perdana Menteri dijadual melawat Ladang Baladna, iaitu antara ladang ternakan lembu terbesar di rantau itu yang terletak kira-kira 60 kilometer di utara Doha, bagi menyaksikan pertukaran Surat Hasrat (LOI) antara PR1MA dan Lembaga Pelaburan Qatar selain menghadiri sesi libat urus dengan komuniti perniagaan serta Keluarga Malaysia di Doha.

Pada Selasa, Perdana Menteri akan melakukan kunjungan hormat ke atas Emir Qatar Sheikh Tamim Bin Hamad Al Thani sebelum menghadiri majlis makan tengah hari di Amiri Diwan.

Memperkukuh kerjasama Malaysia-Qatar yang terjalin sejak sekian lama merupakan antara agenda utama dan kedua-dua pemimpin dijangka mencarta jalan ke arah kolaborasi ekonomi serta usaha pemulihan pascapandemik selain bertukar pandangan mengenai isu antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama Ismail Sabri ke Qatar selepas dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9 Malaysia pada 21 Ogos tahun lepas.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Bourgogne viewed 'BEST FBKL' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Kajang viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 1 hr 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 3 hrs 34 mins ago
A visitor from Oslo viewed '61,317 notis kesalahan sepanjang Ops Khas Hari Ray' 3 hrs 50 mins ago
A visitor from Florida viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 4 hrs 49 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'KPKT salur RM2 juta baik pulih infrastruktur awam ' 4 hrs 50 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 5 hrs 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Polis Buru Lelaki Lempar Bom Petrol Di Ipoh | BEST' 5 hrs 47 mins ago
A visitor from George town viewed 'Malaysian Police Launch Manhun For Followers of Tu' 5 hrs 56 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kes HFMD di Kelantan meningkat 10 kali ganda, 68 w' 5 hrs 59 mins ago