Tion Amat |
Warga Indonesia dipenjara 23 tahun, 12 sebatan kerana merogol, tiada dokumen
1/11/2021
Lelaki warga Indonesia dihukum penjara 19 tahun dan tujuh sebatan di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini selepas mengaku bersalah merogol seorang wanita yang sedang berbasikal, pertengahan bulan ini.
Selain itu, tertuduh Tion Amat, 26, yang juga pendatang asing tanpa izin (Pati) turut dipenjara empat tahun dan lima sebatan atas kesalahan tiada dokumen pengenalan diri.
Pengakuan berkenaan dibuat tertuduh selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud.
Tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 21 tahun iaitu meletakkannya dalam ketakutan kecederaan dengan cara mengacukan pisau di lehernya.
Kesalahan didakwa dilakukan di dalam lot kelapa sawit Ladang Kumansih Kalabakan, di sini, 6.45 pagi pada 17 Oktober lalu.
Sumber: Harian Metro YouTube