Translate

01 November 2021

Warga Emas Hadapi 5 Tuduhan Amang Seksual Anak Teman Wanita

Abdul Aziz Mohamed





Warga emas hadapi 5 tuduhan amang seksual anak teman wanita

1/11/2021

Seorang warga emas didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas lima pertuduhan melakukan amang seksual terhadap anak perempuan teman wanitanya yang berusia 15 tahun, di dua lokasi berlainan di Jelawat, Bachok, pada Mei lalu.

Tertuduh, Abdul Aziz Mohamed, 62, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap remaja perempuan berusia 15 tahun 10 bulan.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Sumber: Harian Metro YouTube

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED