Translate

28 November 2021

Polis telah menahan Lelaki Yang Rampas Beg Tangan Wanita Kerana Berang Kereta Dilanggar




 Polis telah menahan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan mengenai satu insiden kemalangan membabitkan tiga kenderaan termasuk milik lelaki tersebut selepas kejadian itu tular di media sosial.



Polis menahan seorang lelaki tempatan yang dipercayai merampas beg tangan dari kenderaan wanita yang terlanggar keretanya di kilometer 14.6 Lebuhraya Persekutuan dari arah Klang ke Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.

Harian Metro melaporkan, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, suspek ditahan selepas membuat laporan polis berkaitan kemalangan jalan raya di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, kira-kira jam 6.30 petang semalam.


Siasatan mendapati, kemalangan yang tular di media sosial itu berlaku pada 1.33 tengah hari (semalam) membabitkan tiga kenderaan.

Kejadian berlaku apabila wanita yang memandu kereta BMW terlanggar belakang sebelah kanan kereta Proton Gen 2 dipandu lelaki terbabit di hadapannya.

Pelanggaran itu menyebabkan kereta lelaki yang berusia 56 tahun itu terlanggar sebuah lagi kereta jenis Honda HR-V di hadapan yang dipandu oleh seorang wanita. Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dan kes disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59.

 
Baharudin berkata, polis turut membuka kertas siasatan berhubung tindakan lelaki berkenaan mengikut Seksyen 379/323 Kanun Keseksaan.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Hemel hempstead viewed 'PADAH R0MPAK KEDAI EMAS DI THAILAND SUSPEK RUPANYA' 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Menteri kesal, tuan r' 27 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Anwar terima kunjungan Gabenor Guangxi, cermin hub' 39 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kor Ming Enggan Layan Tohmahan Tidak Turun Ke Putr' 5 hrs 19 mins ago
A visitor from Muar town viewed 'Apple loses title of most valuable company to Micr' 5 hrs 42 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'PADAH R0MPAK KEDAI EMAS DI THAILAND SUSPEK RUPANYA' 6 hrs 8 mins ago
A visitor from Bengkulu viewed 'An Indonesian man by the name of Pahinggar Indrawa' 6 hrs 19 mins ago
A visitor from Sungai buloh viewed 'BRADER BAJU KUNING LAGAK SAMSENG | BEST FBKL' 7 hrs 10 mins ago
A visitor from Kota kinabalu viewed 'ATM perkukuh pertahanan siber hadapi ancaman seran' 7 hrs 55 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed ''Ratu Naga' Ditahan Bagi Memban' 8 hrs 3 mins ago