Translate

15 November 2021

Pekebun Didakwa Bunuh Rakan, Ambil Dadah

 S Alphonsus

 

Pekebun didakwa bunuh rakan, ambil dadah

Seorang pekebun dihadapkan ke Mahkamah Majistret, atas tuduhan membunuh seorang lelaki yang juga rakannya dalam kejadian di Taman Silibin, dua minggu lalu.

Tertuduh, S Alphonsus, 40, mengangguk faham sewaktu pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Melati Diana Abd Wahab mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan berikutan kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Bagaimanapun, dalam mahkamah sama, tertuduh mengaku tidak bersalah bagi satu lagi pertuduhan ke atasnya iaitu mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) yang dibaca bersama Seksyen 38B(1) akta sama kerana memasukkan dadah ke dalam badan.

Sumber: Harian Metro Youtube




Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED