Pecut 10 kilometer lari dari polis |
Pecut 10 kilometer lari dari polis
Tanah Merah: Bimbang dicekup pihak berkuasa kerana di bawah pengaruh dadah, dua lelaki bertindak memecut kenderaan dalam cubaan melarikan diri, semalam.
Dalam kejadian pada 5.35 petang itu, kenderaan Proton Waja yang dinaiki dua lelaki itu bagaimanapun terbabas sebelum berjaya dicekup pihak polis.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf berkata, ketika tugas rondaan, anggotanya terserempak sebuah kenderaan dinaiki dua lelaki itu dalam keadaan mencurigakan di Kampung Bendang Nyior.
"Apabila kereta peronda polis mengarahkan pemandu berhenti untuk membuat pemeriksaan, suspek bertindak memecut kenderaannya untuk melarikan diri.
"Dengan bantuan unit kereta peronda dan unit rondaan bermotosikal (URB), kami mengejar kenderaan itu sehingga ke Kampung Manal iaitu sejauh 10 kilometer (km).
"Kenderaan yang dinaiki suspek terbabas dan kedua mereka hanya mengalami kecederaan ringan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Zainuddin berkata, hasil pemeriksaan dalam kenderaan dan terhadap dua suspek berusia 29 dan 31 tahun itu tidak menjumpai apa-apa barang salah, namun pemandu tidak memiliki lesen memandu.
Menurutnya, hasil ujian saringan juga mendapati keduanya positif dadah jenis methampethamine.
"Permohonan reman sedang dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan (KK) dan Peraturan 25 (1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990," katanya.
Sumber: Info Bencana Pahang dan Luar Pahang
Pecut 10 kilometer lari dari polis |
Pecut 10 kilometer lari dari polis |
Pecut 10 kilometer lari dari polis |