Translate

02 November 2021

Anggota PGA, Dua Rakan Didakwa Seludup Migran

Muhd Nor Hafifi Md Khanapiah, Mohd Azhar Mohamad, Muhammad Rahmat Muhammad




Anggota PGA, dua rakan didakwa seludup migran

2/11/2021

Tiga lelaki termasuk seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan menyeludup lima migran warga Thailand, 6 Oktober lalu.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tiga tertuduh iaitu anggota PGA, Muhd Nor Hafifi Md Khanapiah, 33, dan dua rakannya, Mohd Azhar Mohamad, 28, serta Muhammad Rahmat Muhammad, 33, selepas pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 26A Akta AntiPermerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 (Akta 670) bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang juga di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas 2012).

Sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 15 tahun dan denda atau kedua-duanya.

Sumber: Harian Metro YouTube

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED