Translate

13 November 2021

Ah Long Dibunuh Kuncu-Kuncu Diburu


AH LONG DIBUNUH KUNCU-KUNCU DIBURU 

PEMBUNUHAN KEJAM MENGGUNAKAN SENJATA, AKHIRNYA SUSPEK DIBERKAS.

PADA 06 NOVEMBER 2021, SATU KEJADIAN BUNUH MENGGUNAKAN SENJATA TELAH BERLAKU DI BANDAR BUKIT TINGGI 2,KLANG,SELANGOR. SUSPEK BEBERAPA INDIVIDU TIDAK DIKENALI DIPERCAYAI MENGGUNAKAN SENJATA TAJAM TELAH MENETAK MANGSA SEHINGGA MATI DI TEMPAT KEJADIAN.

SEHUBUNGAN DENGAN KEJADIAN INI, JABATAN SIASATAN JENAYAH KONTINJEN SELANGOR TELAH MENGERAKKAN SEMUA ELEMEN BAGI MENGESAN SUSPEK YANG MELAKUKAN JENAYAH TERSEBUT.

RISIKAN OPERASI TELAH DIJALANKAN DAN PADA 10 NOVEMBER 2021 IAITU 3 HARI SELEPAS KEJADIAN BEBERAPA INDIVIDU YANG DISYAKI TERLIBAT DALAM PEMBUNUHAN INI TELAH DITAHAN BAGI MEMBANTU SIASATAN

SIASATAN DITEMPAT KEJADIAN TELAH DIJALANKAN SEJURUS KEJADIAN. INI TELAH MEMBAWA KEPADA BEBERAPA PETUNJUK UNTUK PASUKAN SIASATAN MENGESAN SASPEK SASPEK YANG TERLIBAT DAN SETERUSNYA MENGENAL PASTI MOTIF KEJADIAN. DENGAN DIBANTU PASUKAN FORENSIK JABATAN SIASATAN JENAYAH KONTINJEN SELANGOR, PENCARIAN BARANG KES JUGA DILAKUKAN DI SENTOSA KLANG SELANGOR YANG DIPERCAYAI TEMPAT SUSPEK MEMBUANG BARANG KES.

SETERUSNYA SIASATAN MEMBAWA KE SUNGAI KLANG DENGAN PENCARIAN BARANG KES LAIN. DENGAN BANTUAN PASUKAN SELAM FORENSIK BUKIT AMAN, PASUKAN SELAM UNIT TINDAK KHAS DAN JUGA PASUKAN POLIS MARIN PENCARIAN BARANG KES DIPERCAYAI DIBUANG OLEH SUSPEK TELAH DILAKSANAKAN HAMPIR 1 JAM SETENGAH SESI PAGI DAN PETANG.

EKORAN FAKTOR AIR DERAS DAN KEADAAN AIR YANG BERKELADAK AKIBAT HUJAN, BARANG KES WALAUBAGAIMANA PUN GAGAL DITEMUI

KES DISIASAT DIBAWAH SEKSYEN 302 KANUN KESEKSAAN KERANA MEMBUNUH YANG MEMBAWA HUKUMAN MANDATORI GANTUNG SAMPAI MATI JIKA DISABITKAN KESALAHAN.

KERTAS SIASATAN AKAN DILENGKAPKAN DAN DI RUJUK KE PEJABAT PEGUAM NEGARA BAGI MENDAPATKAN ARAHAN SELANJUTNYA

BERSAMA KITA MEMBANTERAS JENAYAH !
KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI ?

Sumber: PDRM RMP TV Channel



Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED