15 daripada 17 orang yang ditahan SPRM berhubung penyelewengan jutaan ringgit melibatkan geran Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) direman antara dua hingga tujuh hari.
Manakala dua lagi dibebaskan dengan jaminan RM8,000 setiap seorang. Perintah reman dikeluarkan Majistret Mahkamah Putrajaya, Shah Wira Abdul Halim siang tadi.