Translate

27 October 2021

Anak Mat Sabu Lepas, Bebas Tuduhan Salah Guna Dadah

Ahmad Saiful Islam 





Anak Mat Sabu lepas, bebas tuduhan salah guna dadah

Anak bekas Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, Ahmad Saiful Islam dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, atas tuduhan penyalahgunaan dadah di sebuah hotel terkemuka, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lapan bulan yang dikenakan Mahkamah Majistret terhadap Ahmad Saiful, 33, selepas membenarkan rayuan dikemukakan perayu.

Pada 2 Julai 2020, Ahmad Saiful Islam memfailkan rayuan terhadap keputusan Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim pada 24 Jun tahun sama yang mensabitkannya atas kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan menghukumnya dengan penjara lapan bulan.

Sumber: Harian Metro YouTube

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED