Translate

28 August 2020

PPM Tawau tahan 11 pendatang haram sembunyi di kebun pisang


BERNAMA

27/08/2020 08:18 PM

TAWAU, 27 Ogos -- Pasukan Polis Marin (PPM) menahan 11 pendatang haram termasuk seorang kanak-kanak perempuan yang menyusup masuk ke daerah ini melalui perairan Tawau dan bersembunyi di sebuah kebun pisang di Kampung Tawau Lama di sini, pagi tadi.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau DSP Mohd Nazari Ismail berkata lapan lelaki, dua wanita dan kanak-kanak itu yang berumur antara dua hingga 45 tahun ditahan dalam serbuan Ops Gelora Khas pada 5.30 pagi.

"Kumpulan pendatang warga Indonesia itu benar-benar terkejut dengan serbuan pihak berkuasa di tempat persembunyian itu. Mereka ini disyaki baru sahaja tiba di kawasan berkenaan dan sedang menunggu pengangkutan untuk ke lokasi masing-masing," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata hasil pemeriksaan awal mendapati 10 individu tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah manakala seorang lagi memiliki pasport, dan kesemua mereka kemudiannya dibawa ke pangkalan Markas Operasi PPM Tawau untuk pemeriksaan serta tindakan lanjut.

Dalam pada itu, beliau meminta komuniti maritim menyalurkan sebarang maklumat berkaitan jenayah kepada PPM Wilayah 4 Sabah melalui aplikasi WhatsApp di talian 013-2831197.

-- BERNAMA

 

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Ipoh viewed 'Tujuh kedai musnah dalam kebakaran berhampiran Cho' 1 hr 11 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 1 hr 15 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 1 hr 17 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 1 hr 47 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Kapal mewah Queen Anne kali pertama singgah di Pel' 1 hr 54 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 2 hrs 12 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Johor rekod 239 kemalangan jalan raya, empat kemat' 2 hrs 36 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Steven Sim dismisses claims for having an advisor ' 2 hrs 36 mins ago
A visitor from Kampong ulu jurong viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 2 hrs 47 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Safiey Ilias, Buat Video IG Live Dengan Budak ‘Und' 3 hrs 25 mins ago