Translate

31 July 2020

Muafakat Nasional telah membuat pelawaan rasmi kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)


Muafakat Nasional hulur pelawaan rasmi kepada Bersatu - Annuar

Bernama |


Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan turut yakin perkara itu akan selesai menjelang ulang tahun pertama kerjasama berkenaan.

KUALA LUMPUR: Muafakat Nasional telah membuat pelawaan rasmi kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyertai pakatan itu, kata Setiausaha Bersama Sekretariat Muafakat Nasional Tan Sri Annuar Musa hari ini.

Katanya Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Presiden Bersatu telah membincangkan perkara itu sejak berbulan lalu.
"Kira-kiranya kami sudah mempelawa secara rasmi, namun kami tidak tergesa-gesa. Setiap parti ada prosedur termasuk membawa cadangan itu ke majlis tertinggi parti masing-masing untuk dibincangkan.

"Kami hanya tunggu keputusan mereka. Apa yang penting bagi Bersatu, UMNO dan PAS ialah kita harus kekalkan hubungan kerjasama yang harmoni," katanya kepada pemberita selepas melawat Taman Awam Bukit Kiara di sini.

Muafakat Nasional merupakan kerjasama politik UMNO dan PAS yang ditubuhkan pada Himpunan Penyatuan Ummah, 14 Sept tahun lepas.

Mengulas lanjut, Annuar yang juga Menteri Wilayah Persekutuan turut yakin perkara itu akan selesai menjelang ulang tahun pertama kerjasama berkenaan.

-- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Shah alam viewed 'Massive Fire Breaks Out In PARIS, Sends Black Smok' 10 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Kastam Pahang rampas bijih timah, kapal dan lori b' 44 mins ago
A visitor from Des moines viewed 'MCMC buka empat kertas siasatan, pempengar' 55 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'MCMC buka empat kertas siasatan, pempengar' 56 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Tujuh pelajar MRSM terlibat kes buli disyor tamat ' 59 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Mungkin anda terkena serang' 1 hr 4 mins ago
A visitor from San jose viewed 'mySalam luas perlindungan liputi 50 penyakit kriti' 1 hr 4 mins ago
A visitor from Tennessee viewed 'Kor Ming Enggan Layan Tohmahan Tidak Turun Ke Putr' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Kesesakan di Lebuhraya KL-Karak dijangka berterusa' 1 hr 6 mins ago
A visitor from Washington viewed 'mySalam luas perlindungan liputi 50 penyakit kriti' 1 hr 6 mins ago