Translate

26 February 2020

Seorang lelaki Perancis dikhuatiri maut selepas terjatuh ke dalam gaung ketika melakukan aktiviti mendaki di Bukit Tabur.


Warga Perancis dikhuatiri maut jatuh gaung Bukit Tabur

Afiezy Azaman, Astro Awani | Februari 26, 2020 20:55 MYT


Seorang lelaki warga Perancis dikhuatiri maut selepas terjatuh ke dalam gaung ketika melakukan aktiviti mendaki di Bukit Tabur. - Foto JBPM Wangsa Maju

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Perancis dikhuatiri maut selepas terjatuh ke dalam gaung ketika melakukan aktiviti mendaki di Bukit Tabur, Selangor.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis kejadian berlaku pada 3.58 petang, pada Rabu.

"Mangsa berumur 26 tahun, mendaki bersama seorang kawan perempuannya sebelum kejadian berlaku.

"Seramai 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang, Wangsa Maju, dan Pasukan Storm dalam proses membawa turun mangsa yang dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri pada 6.45 petang," katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.



Menurut JBPM Selangor, kejadian berlaku pada 3.58 petang, Rabu. - Foto JBPM

Mangsa dikenali sebagai Martin Simon Nathan manakala rakannya dikenali sebagai Kelly Lynn Drai dari Amerika Syarikat.

Mengulas lanjut, Norazam berkata pihaknya menghadapi cabaran membawa turun mangsa disebabkan laluan curam 45 peratus dan keadaan bertambah gelap.

"Pemeriksa awal juga mendapati mangsa tidak mempunyai nadi denyutan namum belum disahkan pegawai perubatan.

"Anggota bomba dijangka membawa turun mangsa sekitar pukul 3 pagi nanti," jelas beliau.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Virginia viewed 'A band of robbers picked the wrong man to mess wit' 12 secs ago
A visitor from Pulau pinang viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 28 secs ago
A visitor from New york viewed 'The Kuala Lumpur Mayor’s Tourism Awards (KLMTA) 20' 4 mins ago
A visitor from New york viewed 'Belgium Stun Brazil 2-1 - Kevin De Bruyne wins Wor' 6 mins ago
A visitor from Iowa viewed 'MANNY PACQUIAO & LUCAS MATTHYSSE COME FACE TO FACE' 19 mins ago
A visitor from Alabama viewed '1MDB CEO in 2009 Shahrol Azral, went ahead with Is' 25 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pengarah Mahkamah Sabah maut dalam kemalangan di K' 27 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'Gempa bumi bermagnitud 7.7 landa tengah Myanmar | ' 45 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Sultan Nazrin berangkat ke majlis hari raya pering' 46 mins ago
A visitor from Louisiana viewed '4 School boys caught for throwing stones at passin' 1 hr 5 mins ago