Translate

31 December 2019

Beberapa lokasi tumpuan untuk sambutan tahun baharu 2020 , Ambang 2020: Nak ke mana kita?


Ambang 2020: Nak ke mana kita?

Astro Awani | Disember 30, 2019 21:12 MYT


Ke mana anda malam tahun baru esok?

SEPERTI biasa, malam sambutan tahun baharu pastinya menjadi pilihan warga kota untuk keluar meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.

Berikut kami senaraikan beberapa lokasi tumpuan untuk sambutan tahun baharu 2020 malam esok. Walau apapun pengisian dan di manapun anda memilih untuk menyambutnya, tahun baharu haruslah dirai secara berpada-pada.

Paling penting adalah ia harus diiringi azam untuk menjadi insan yang lebih baik daripada tahun sebelumnya.

Selamat tahun baharu!
Ambang 2020@Kuala Lumpur
Lokasi: Dataran Merdeka



Dataran Merdeka seperti biasa akan jadi tumpuan warga kota.

Anjuran tiga kementerian, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersama Kementerian Wilayah Persekutuan serta Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), acara ini mungkin paling menjadi tumpuan.

Ia bakal dirasmikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, dengan kemuncaknya ialah 'Pertunjukan Cahaya di Langit' yang menjadi signifikan bermulanya Tahun Melawat Malaysia 2020.


LAMPU 2019
Lokasi: Dataran Putrajaya



Festival LAMPU turut punya tarikan tersendiri untuk sambutan ambang tahun baru.

Festival Light and Motion Putrajaya atau LAMPU kembali tahun ini dan seperti sebelumnya, Presint 3 Putrajaya akan diterangi lampu begemerlapan, membawa tema Beautiful Malaysia.

Banyak acara menarik selama tiga hari ia berlangsung, iaitu dari 28 Disember hingga malam tahun baru. Paling ditunggu pastinya digital and live fireworks, menjelang tengah malam 31 Disember.


Cloudora Festival
Lokasi: Sunway Lagoon



Sunway Lagoon akan menjadi lokasi festival neon terbesar di Malaysia.

Bagi yang mahukan kelainan, anda boleh ke Sunway Lagoon untuk pertunjukan lampu neon. Malah ia turut dilabelkan sebagai festival cahaya neon terbesar di Malaysia.

Antara yang menarik di sini adalah pertunjukan bunga api selama lapan minit menjelang tahun baharu dan persembahan muzik secara langsung serta persembahan DJ antarabangsa.


2020 New Year's Eve Party
Lokasi: CITTA Mall



Persembahan konsert ambang merdeka di Citta Mall malam esok.

Konsert ambang tahun baharu ini akan disertai artis-artis muda popular, antaranya Nabila Razali, As'ad Motawh, Nana Sheme dan ramai lagi.


New Year's Eve 2020 Countdown
Lokasi: Sunway Velocity Mall



Persembahan konsert ambang merdeka di sini malam esok.

Di lokasi ini juga bakal dianjurkan konsert ambang tahun baharu yang akan bermula jam 10 malam. Ia bakal diserikan dengan persembahan Hael Husaini, Janna Nick dan ramai lagi.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Louisiana viewed '190 rumah rosak, Ahmad Zahid h' 8 mins ago
A visitor from Kansas viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 1 hr 1 min ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 1 hr 58 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Pengamal perubatan tradisional atau perubatan Isla' 3 hrs 38 mins ago
A visitor from Perth viewed '25 terima rawatan awal setakat' 4 hrs 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 4 hrs 42 mins ago
A visitor from Hemel hempstead viewed 'Fan letter gets Bruno Fernandes EMOTIONAL after re' 7 hrs 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 9 hrs 19 mins ago
A visitor from Labuan viewed '25 terima rawatan awal setakat' 9 hrs 32 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 9 hrs 32 mins ago