Translate

01 May 2019

Seorang ahli Parlimen Barisan Nasional di Sabah dan isterinya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia


Ahli Parlimen BN Sabah, isteri ditahan kerana rasuah
Mohamad Fadli
-May 1, 2019 6:55 PM
SPRM membebaskan pasangan itu selepas mengambil keterangan mereka.

PETALING JAYA: Seorang ahli Parlimen Barisan Nasional di Sabah dan isterinya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia hari ini bagi membantu siasatan kes rasuah berjuta ringgit.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Azam Baki ketika dihubungi FMT mengesahkan penahanan itu dan berkata, pasangan itu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Jumaat ini di bawah Akta SPRM.

Sumber SPRM berkata, wakil rakyat itu dijangka berdepan 3 pertuduhan, manakala isterinya yang juga seorang pelakon dijangka didakwa atas pertuduhan bersubahat.

Difahamkan, pasangan itu dibebaskan selepas keterangan mereka direkodkan agensi anti-rasuah itu hari ini.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED