Translate

01 May 2019

Ahli Parlimen Sabah Yang Dulu Pengerusi Agensi Kerajaan dan Isterinya Yang Juga Seorang Pelakon Ditahan oleh SPRM


AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG SABAH, ISTERI DITAHAN SPRM
May 1, 2019
144



Seorang ahli parlimen dari Sabah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) pagi ini.

Portal berita Malaysiakini memetik sumber SPRM sebagai berkata, isteri wakil rakyat itu yang juga seorang pelakon turut ditahan.


Mereka ditahan untuk membantu siasatan kes rasuah yang berjumlah berjuta-juta ringgit,” kata sumber itu.

Penahanan itu menarik perhatian kerana berlaku di tengah-tengah kehangatan pilihan raya kecil Sandakan.

Dimaklumkan, kes itu mempunyai kaitan dengan peranan anggota parlimen itu sebagai pengerusi sebuah agensi kerajaan.

Difahamkan pasangan itu dibebaskan selepas kenyataan mereka direkodkan.


Sumber lain berkata pasangan itu dijangka didakwa mengikut Akta SPRM di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Jumaat.

“Ahli parlimen itu akan menghadapi tiga kes rasuah, sementara isterinya akan menghadapi tuduhan bersubahat,” kata sumber.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED