Translate

01 March 2019

Surat Palsu ! - PKR tidak pernah mengeluarkan surat mendakwa kononnya parti itu tidak menyokong calon PH dari Bersatu dalam PRK Semenyih


PKR nafi keluar surat boikot caloh PH

News | Diterbitkan Hari ini 11:33 tengahari | Dikemaskini Hari ini 11:33 tengahari


A+ A-



PRK SEMENYIH | PKR tidak pernah mengeluarkan surat mendakwa kononnya parti itu tidak menyokong calon PH dari Bersatu dalam PRK Semenyih sekarang.

Setiausaha Agung PKR Saifuuddin Nasution Ismail berkata imej yang tular di media sosial hari ini adalah palsu.

"Surat ini palsu, ia adalah usaha terdesak untuk memecah-belahkan parti-parti dalam PH, katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Berdasarkan gambar yang tersebar, dokumen menggunakan kepala surat PKR itu juga mengandungi tandatangan Saifuddin.

Ia menyatakan bahawa Biro Politik PKR pada 27 Februari mengambil maklum aduan dari pimpinan parti Hulu Langat dan sebulat suara memutuskan untuk tidak menyokong calon PH Semenyih, Muhammadi Aiman Zainali.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil pula, mesyuarat pada minggu ini tidak ada mengeluarkan arahan agar Saifudin untuk menulis surat seperti itu.

“Saya juga ingin mengesahkan bahawa tidak ada bantahan daripada mana-mana bahagian mengenai PRK Semenyih yang dibangkitkan atau dibincangkan semasa mesyuarat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Anggota Parlimen Lembah Pantai itu turut berkata format surat, nombor rujukan, juga berbeza daripada surat rasmi PKR.

Katanya surat itu datang daripada musuh politik yang telah kehabisan modal.

Untuk rekod sepanjang tempoh kempen PRK Semenyih - yang akan berakhir tengah malam ini - pimpinan PH termasuk PKR aktif membantu memenangkan Muhammad Aiman.




Misalnya pada 26 Feb lalu, Presiden PKR Anwar Ibrahim sendiri hadir menyampaikan ceramah di Semenyih.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari juga dilaporkan datang ke Semenyih hampir setiap hari bagi memastikan kempen parti berjalan mengikut rancangan.

Timbalan presiden PKR Azmin Ali juga menjadi penyokong utama kempen itu termasuk hadir dalam ceramah bersama Pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad, malam tadi.


Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED