Translate

25 March 2018

Seramai tujuh individu yang dipercayai terlibat dengan kumpulan pengganas Abu Sayyaf Group dan Daesh ditahan polis dalam operasi yang dijalankan di sekitar Johor dan Sabah








KUALA LUMPUR - Seramai tujuh individu yang dipercayai terlibat dengan kumpulan pengganas Abu Sayyaf Group dan Daesh ditahan polis dalam operasi yang dijalankan di sekitar Johor dan Sabah pada 27 Februari hingga 15 Mac lalu.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, enam daripada mereka merupakan lelaki warga tempatan manakala seorang lagi ialah lelaki warga Filipina.


"Lelaki Filipina yang juga anggota kanan kepada Furuji Indima iaitu ketua kumpulan pengganas Abu Sayyaf Group (ASG) yang bertapak di Basilan, Selatan Filipina ditahan dalam satu siri tangkapan di Sabah pada 15 Mac lalu.

"Suspek telah disenaraikan sebagai individu yang dikehendaki oleh pihak berkuasa Filipina kerana terlibat dengan kes penculikan untuk wang tebusan dan beberapa siri percubaan membunuh. Difahamkan, dia juga mempunyai hubungan dengan Dr. Mahmud Ahmad iaitu warga tempatan yang menyertai kumpulan pengganas Daesh di Selatan Filipina.

“Dia juga merupakan pakar peranti letupan atau Improvised Explosive Device (IED) dan merancang untuk melancarkan serangan di Sabah dan menjadikannya sebagai lokasi persembunyian bagi anggota pengganas dari Filipina," katanya dalam satu kenyataan hari ini. - K! ONLINE

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'Steven Sim dismisses claims for having an advisor ' 9 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Pemandu lori terlibat kemalangan di Lebuhraya KLK ' 10 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Raja Permaisuri Agong kurnia jamuan hari raya kepa' 12 mins ago
A visitor from Putrajaya viewed 'President Donald Trump signs an executive order ta' 13 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Musk gives away two $1 million checks to Wisconsin' 15 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'Daughter of Tycoon Tan Sri Khoo Kay Pen gave up he' 16 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 17 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Sultan Nazrin berangkat ke majlis hari raya pering' 17 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Musk gives away two $1 million checks to Wisconsin' 23 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Kedutaan Malaysia di Bangkok sambung operasi hari ' 24 mins ago