Translate

26 January 2018

Pelakon, Hairul Azreen di Ibu Pejabat Polis bagi memberikan keterangan berkenaan sebuah kes melibatkan dirinya melepaskan dua das tembakan ke udara


Kes lepaskan tembakan, pelakon Hairul Azreen tampil beri keterangan

Nazialita Geynna Maharan, Astro Awani | Januari 26, 2018 16:27 MYT


Pelakon Hairul Azreen tampil di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah kira-kira pukul 2 petang tadi bagi memberi keterangan.

SERI ISKANDAR: Pelakon, Hairul Azreen tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah dekat sini pada petang Jumaat bagi memberikan keterangan berkenaan sebuah kes melibatkan dirinya melepaskan dua das tembakan ke udara pada dua tahun lepas.

Berpakaian T-shirt biru muda dan bertopi hitam serta berseluar hitam, pelakon berusia 30 tahun itu tiba di IPD Perak Tengah sekitar pukul 2.05 petang.

Hairul Azreen, dilihat tenang sewaktu tiba bagi memberi keterangan untuk membantu siasatan sambil diiringi dua orang rakannya.

Sebelum ini, pihak polis meminta aktor itu untuk tampil ke pejabat polis bagi memberikan keterangan ekoran rakaman yang berdurasi 48 saat tular di laman sosial YouTube sejak tiga hari lepas.

Difahamkan, kejadian melepaskan tembakan itu berlaku di belakang rumah bapa saudaranya di Kampung Parit Jerman, Sitiawan pada Julai 2016.


Tag

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Sungai buloh viewed 'PADAH PANDU LAWAN ARUS | BEST FBKL' 2 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'New Cabinet List As Announced by PM Anwar Ibrahim ' 3 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Macam Negara Koboi Dibuatnya Tengok Apa Berlaku | ' 6 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'PADAH PANDU LAWAN ARUS | BEST FBKL' 10 mins ago
A visitor from Kota kinabalu viewed 'Polis selamat 16 mangsa eksploitasi buruh paksa di' 15 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Perkhidmatan tren penumpang laluan Pasir Gudang-Ke' 20 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 29 mins ago
A visitor from Kota kinabalu viewed 'Aplikasi Air Selangor 2.0 ditambah baik, aduan keb' 32 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Sah! Nurul Izzah tawar diri bertanding jawatan Tim' 34 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'KPN peroleh kebenaran mulakan prosiding komital ke' 35 mins ago