Translate

26 June 2017

Pasukan jabatan integriti dan pematuhan standard (JIPS) Bukit Aman menahan lapan anggota polis trafik, RM18,000 ditemui






Pasukan jabatan integriti dan pematuhan standard (JIPS) Bukit Aman menahan lapan anggota polis trafik di ibu pejabat polis daerah Ampang. — Foto oleh Yap Tzu GingAMPANG, 23 Jun — Sejumlah RM18,000 dipercayai hasil peras ugut, ditemui dalam sebuah bilik di ibu pejabat polis daerah Ampang Jaya di sini.

Wang itu disorok bawah meja selain disimpan dalam saku dan beg seorang daripada lapan anggota polis trafik yang ditahan, lapor Harian Metro.



Timbalan ketua polis negara berkata semua ditahan pasukan jabatan integriti dan pematuhan standard (JIPS) Bukit Aman, jam 11.50 malam Selasa lalu.

Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata mereka disyaki memeras ugut warga asing yang melakukan kesalahan dokumen perjalanan tamat tempoh.

“Kita tunggu dalam masa seminggu dua ini, jika hasil siasatan mendapati mereka terbabit secara serius dalam kegiatan itu, sudah tentu tindakan tatatertib akan diambil,” katanya.



Serbuan itu susulan aduan seorang lelaki warga Myanmar yang mendakwa anggota trafik meminta RM1,500 untuk membebaskan rakannya warga Indonesia.



http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/rm18000-ditemui-di-balai-lapan-polis-trafik-ditahan

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Pulau pinang viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 1 min ago
A visitor from Oslo viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 2 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'BEST FBKL' 3 mins ago
A visitor from Bandar baru bangi viewed ''DEFIES LOGI' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 6 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 7 mins ago
A visitor from Oslo viewed '25 terima rawatan awal setakat' 7 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 8 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 9 mins ago