Translate

29 May 2017

Produk Kecantikan Datuk Seri Vida Ditarik Balik Dari Pasaran untuk kali kedua kerana mengandungi bahan berbahaya



Lagi Produk Kecantikan Datuk Seri Vida Ditarik Balik Dari Pasaran
Oleh RTKY Editor
28 May 2017, 01:05PM


Ini bukanlah kali pertama produk kecantikan keluaran Datuk Seri Vida ditarik balik dari pasaran kerana mengandung bahan berbahaya. Kali ini dua lagi produk Qu Puteh telah tersenarai dalam produk yang mempunyai racun berjadual oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

“Saya akan semak kes ini dan saya berharap pengguna tidak cepat melatah dan membeli produk saya dengan ejen bertauliah,” katanya kepada Projek MMO selepas dua produk kecantikan keluarannya ditarik balik.


Sementara itu, syarikat usahawan itu, Vida Beauty Sdn Bhd telah menarik balik dua produk itu dari dipasarkan ke pasaran selepas menerima notis daripada Kementerian Kesihatan. Bagaimanapun menurut, Datuk Vida, produknya itu telah ditarik balik dari pasaran dua bulan lalu.

Semalam Kementerian Kesihatan telah menyenarai tujuh produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual. Antaranya, Night Glowing, Night Glow, Glowing Speed Gold Day Cream, Glowing Speed Gold Night Cream, Qu Gebu AP Krim, Nour Ain Night Cream dan Royal Expert Whitening Cream.

Terdahulu, pada 22 Januari 2016, krim Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block telah ditarik balik setelah pemerikasaan Kementerian Kesihatan kerana mengandungi merkuri yang berbahaya. (rtky/w)

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Wakefield viewed 'Agong berkenan terima watikah lantikan lapan perwa' 1 hr 23 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Zarina Anjoulie tayang buah dada | BEST FBKL' 1 hr 53 mins ago
A visitor from Ipoh viewed 'The sudden passing of Lawyer Datuk Wong Rhen Yen i' 2 hrs 13 mins ago
A visitor from Shah alam viewed 'Tukang jahit tidak sangka jadi 'jutawan segera' me' 2 hrs 52 mins ago
A visitor from Ohio viewed 'BEST FBKL' 3 hrs 31 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Mahkamah Beri Kebenaran Kepada Muhyiddin Ke Austra' 4 hrs 2 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Ex-judge accused of harboring alleged Tren de Arag' 4 hrs 7 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Intai wanita di tandas awam, penganggur dipenjara ' 4 hrs 17 mins ago
A visitor from Oslo viewed 'Azalina, Ewon to represent Malaysian government at' 4 hrs 23 mins ago
A visitor from Batu caves viewed 'Ismail Sabri leaves MACC building after 4 hours of' 4 hrs 45 mins ago