Translate

21 May 2017

Bukit Bintang.. Imigresen Gempur PATI

 Bukit Bintang.. Imigresen Gempur Pati


KAWASAN BUKIT BINTANG DI IBU NEGARA YANG MENJADI LUBUK LOKASI PENDATANG ASING TANPA IZIN MENJADI PANAS SEKETIKA... SELEPAS DIGEMPUR PIHAK IMIGRESEN.

SERBUAN BERMULA JAM 3 PETANG ITU DILAKUKAN SETELAH MENDAPAT RINTIHAN RENTETAN ADUAN ORANG AWAM YANG KURANG SENANG DENGAN LAMBAKAN PATI DI KAWASAN TERBABIT.

MANA TIDAKNYA... WARGA ASING KINI DILIHAT MEMONAPOLI KAWASAN PERNIAGAAN DI BEBERAPA PUSAT BELI BELAH YANG MENJADI TUMPUAN PELANCONG.

DALAM OPERASI INI BEBERAPA ORANG PENDATANG ASING CUBA MELARIKAN DIRI DARIPADA PEMERIKSAAN HASILNYA .. LEBIH 350 WARGA ASING DIPERIKSA DI PLAZA LOW YAT DAN PLAZA IMBI.

DENGAN KEKUATAN LEBIH 100 ANGGOTA PENGUATKUASA IMIGRESEN... KESEMUA PINTU KELUAR MASUK PREMIS BERJAYA DISEKAT.

MENURUT KETUA PENGARAH IMIGRESEN PUTRAJAYA DATUK MUSTAFAR ALI BERKATA.. PROGRAM E KAD BAGI MAJIKAN UNTUK MENDAFTARKAN PEKERJA ASING MEREKA MASIH JAUH DARI SASARAN YANG DITETAPKAN.

SETAKAT INI LEBIH 85 RIBU SUDAH BERDAFTAR DENGAN E KAD BERBANDING 400 RIBU YANG DISASARKAN.


JELASNYA.. TINDAKAN TEGAS AKAN DIAMBIL TERMASUK MEMBEKUKAN ASET SEKIRANYA MAJIKAN ENGGAN MENDAFTAR PEKERJA ASINGNYA MELALUI PROGRAM E KAD.

TEGASNYA... PROGRAM E KAD ITU DILANJUTKAN SEHINGGA 30 JUN BAGI MEMBERI PELUANG KEPADA MAJIKAN MENDAFTARKAN PEKERJA ASING MEREKA.

HASIL SARINGAN DOKUMENTASI.. SERAMAI 125 PATI TIADA SEBARANG DOKUMEN PERJALAN SAH.

KESEMUA MEREKA DIBAWA KE DEPOH TAHANAN SEMENTARA DI PUTRAJAYA.

OPERASI TERBABIT AKAN DILAKUKAN SECARA RUTIN BAGI MENGESAN LAGI WARGA ASING YANG BEKERJA TANPA DAFTAR E KAD.

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED