Translate

04 October 2016

Video Dato Vida Menjadi Viral - Hotel 6 Bintang Sediakan Tandas Mewah Tapi Surau Kecil (Video)


Dato Vida Luah Rasa Sedih, Hotel 6 Bintang Sediakan Tandas Mewah Tapi Surau Kecil Dan Sempit



Sejak beberapa hari lalu menjadi viral di laman sosial sebuah video yang dimuat naik oleh pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dato Vida, di mana beliau menyatakan kekesalan dengan kemudahan surau sebuah hotel enam bintang di Kuala Lumpur.

Menurut beliau, surau yang disediakan oleh pihak hotel terlalu kecil, panas tiada penghawa dingin dan terdapat aliran paip yang keluar, namun berbeza dengan tandas yang disediakan pihak hotel, begitu mewah sehingga boleh memuatkan ramai orang dalam satu masa.



Beliau memuatnaik video itu dengan kapsyen berbunyi "Sedihhh..Semewah mewah hotel 5 bintang.. Suraunyer. .YaAllah... Tapi bila ke tandas . Tempat melepas.. Mewahh pula.."

Dari komen yang diturunkan, ramai menyokong tindakan Dato Vida ini kerana prihatin dengan pendedahan ini.

Ada juga yang menyatakan plan yang hotel adalah daripada pihak arkitek, pihak hotel cuma ikut apa yang disiapkan. - Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED