Translate

25 September 2016

Netizen Label Pemilik Kosmetik Satin skinz "syok sendiri"


Pemilik Produk Kosmetik Dilabel "Syok Sendiri" Sebab Nak Beli Panggung Wayang, Oleh Netizen





Kecoh di laman media sosial Instagram baru-baru ini selepas satu keratan gambar yang merakamkan kenyataan dari seorang pemilik produk kosmetik yang berkata ingin membeli sebuah panggung wayang dan sekiranya harapan itu menjadi kenyataan, dia akan belanja kesemua pengikut Instagramnya menonton wayang percuma setiap bulan.

Keratan gambar Instagram oleh pemilik Satin Skinz itu seterusnya menjadi viral dan mendapat pelbagai reaksi dari netizen.

Apa yang menjadi tumpuan netizen adalah angan-angan besar yang dipasang oleh pemilik Satin Skinz ini untuk membeli sebuah panggung terkemuka dan hasratnya untuk belanja pengikutnya di Instagram untuk menonton filem sebulan sekali.


Keratan gambar dari Instagram Satin Skinz.
Kebanyakan komen dari netizen menyifatkan angan-angan pemilik Satin Skinz itu sekadar kosong bagi jenama yang 'baru nak up' dan ada juga yang menyifatkan angan-angan itu sebagai satu perkara positif.



Namun, setakat ini pemilik Satin Skinz masih belum lagi membuat sebarang kenyataan balas di laman Instagramnya.

Satin Skinz merupakan jenama yang diasaskan oleh sepasang suami isteri (Iskandar dan Mimi) sejak 2014 dan mempunyai beberapa rangkaian produk kecantikan seperti supplement, skincar, jamu dan banyak lagi.

Bagi kami, tidak salah untuk memasang angan-angan besar, malah segala kejayaan di dunia ini bermula dengan angan-angan.

Tetapi macam biasa, setiap perkara mesti ada yang membangkang dan ada juga yang menyokong. Itu boleh dikatakan adat lebih-lebih lagi dalam dunia perniagaan.


Siakapkeli.my

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Hemel hempstead viewed 'Fan letter gets Bruno Fernandes EMOTIONAL after re' 4 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Maut dilanggar bapa sendiri semasa undurkan kereta' 1 hr 36 mins ago
A visitor from Labuan viewed '25 terima rawatan awal setakat' 1 hr 49 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed '25 terima rawatan awal setakat' 1 hr 50 mins ago
A visitor from Darica viewed 'Bapa, Anak Perempuan Maut Kereta Rempuh 4x4 Elak u' 2 hrs 3 mins ago
A visitor from Labuan viewed 'TikTok tells US users that the service is 'tempora' 2 hrs 48 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 3 hrs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Letupan paip gas bawah tanah punca kebakaran besar' 3 hrs ago
A visitor from Oslo viewed 'Polis tahan 10 lelaki disyaki bergaduh di tapak ju' 3 hrs 5 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Siapa selepas PMX?, Bailout Sapura,' 3 hrs 15 mins ago