Translate

28 August 2016

18 jalan menuju ke Dataran Merdeka akan ditutup mulai hari ini sehingga 31 Ogos untuk raptai dan sambutan Hari Kebangsaan 2016.


18 Jalan Utama Ke Ibu Kota Ditutup Sempena Sambutan Hari Kebangsaan
Image result for Jalan ditutup hari kebangsaan 2016


KUALA LUMPUR: Sebanyak 18 jalan di sekitar ibu negara menuju ke Dataran Merdeka akan ditutup mulai hari ini sehingga 31 Ogos untuk memberi laluan kepada raptai dan sambutan Hari Kebangsaan 2016.

Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam satu kenyataan berkata penutupan jalan itu akan bermula dari 6 pagi hingga 1 tengah hari.

Penutupan itu melibatkan Jalan Travers/Jalan Damansara (Muzium Negara), Lebuhraya Sultan Iskandar/Jalan Damansara (Carcosa Seri Negara), Lebuhraya Sultan Iskandar/Jalan Damansara (Muzium Negara), Bulatan Sultan Hishamuddin/Jalan Lembah (Masjid Negara).

Jalan Perdana/Jalan Lembah, Jalan Kinabalu/Bulatan Sultan Hishamuddin (Bangunan Dayabumi), Jalan Kinabalu/Jalan Sultan Hishamuddin (Bukit Aman), Jalan Lembah/Jalan Cenderasari, Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Hang Kasturi, Jalan Leboh Ampang/Jalan Tun Perak, Jalan Dang Wangi/Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Jalan Kuching/Bulatan Dato Onn, Jalan Kinabalu/Bulatan Dato Onn, Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Raja (Dataran Merdeka), Jalan Hishamuddin/Jalan Raja (Dataran Merdeka), Jalan Parlimen/Bulatan Dato Onn (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), Bulatan Dato Onn/Jalan Raja (Kelab Diraja Selangor), Jalan Mahkamah Persekutuan.

KKMM berkata orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif ke pusat bandar, antaranya menggunakan Jalan Bangsar serta Jalan Travers dan melalui Lebuhraya Sultan Iskandar-Jalan Parlimen-Bulatan Dato Onn-Jalan Kuching-Jalan Sultan Ismail.

Laluan alternatif lain ialah menggunakan Jalan Cheras dan melalui Jalan Kinabalu-Jalan Kuching-Jalan Sultan Ismail.

- BERNAMA

Popular Posts - Last 7 days

Popular Posts - Last 30 days

Blog Archive

LIVE VISITOR TRAFFIC FEED

A visitor from Kuala lumpur viewed 'White House, shaken by Signal scandal, says case i' 43 secs ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Kebakaran besar berlaku di Puchong, api menjulang ' 14 mins ago
A visitor from Dabu viewed 'MALAYSIAN S*X BLOG COUPLE ALVIN & VIVIAN SPLITTING' 14 mins ago
A visitor from Edison viewed 'Etiqa kecualikan syarat kep' 39 mins ago
A visitor from Los angeles viewed 'Etiqa kecualikan syarat kep' 39 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Govt to expand use of QR codes' 40 mins ago
A visitor from Ashburn viewed 'Etiqa kecualikan syarat kep' 40 mins ago
A visitor from Petaling jaya viewed 'Kedutaan Malaysia di Bangkok sambung operasi hari ' 41 mins ago
A visitor from Singapore viewed 'Etiqa kecualikan syarat kep' 46 mins ago
A visitor from Kuala lumpur viewed 'Etiqa kecualikan syarat kep' 55 mins ago